Buletin

SUKARELAWAN PETRON CERIAKAN PUSAT KOMUNITI DESA MENTARI SEVA DI PJ

Volunteerism-In-Action (VIA), gerakan sukarelawan kakitangan Petron telah membantu mengubah suai sebuah pusat komuniti dengan menyalurkan bantuan berupa peralatan aktiviti rekreasi dan pendidikan.

Pusat Komuniti Desa Mentari Seva di Petaling Jaya menerima perabot, komputer riba, ensiklopedia dan buku cerita dan majalah. Selain tikar yoga, permainan pendidikan papan dan meja foosball dalam usaha menjadikan pusat komuniti itu lebih berfungsi dan kondusif untuk pembelajaran kanak kanak.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu kami untuk menarik minat lebih ramai kanak-kanak ke pusat ini. Selain menjaga keselamatan mereka, kanak-kanak  di sini juga boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti melalui sumbangan yang diterima,” Pengurus Desa Mentari Seva Center, Kumar.

Kakitangan Petron Malaysia turut menyumbang baucar buku untuk para pelajar di pusat komuniti tersebut.

Pusat Komuniti Desa Mentari Seva menempatkan lebih 200 kanak-kanak daripada keluarga B40 yang sering mengunjungi pusat tersebut untuk bersantai dan meluaskan pengetahuan mereka.

“Melalui Petron VIA, kami telah mengenal pasti dan memenuhi keperluan mereka. Kami harap sumbangan ini mamp membantu meningkat taraf pusat komuniti ini,” kata Ketua Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia, Wan Adibah Azian Mahmood. 

Pada awal tahun ini, Petron VIA bersama rangkaian pengedar stesen minyak Petron telah menceriakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di rumah orang tua di Puchong.

Mereka juga telah menghasilkan hampir 40,000 topeng muka untuk diagihkan kepada petugas kesihatan barisan hadapan di seluruh negara semasa awal pandemik.

Google ads
Back to top button