Buletin

PETRON LANCAR KEMPEN ‘JOM JALAN-JALAN TURKIYE’. TAWAR HADIAH LEBIH RM300K! 

Petron Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Türkiye telah melancarkan kempen promosi “Jom Jalan-Jalan Türkiye” bermula 15 Disember 2022 hingga 15 Mac 2023. 

Kempen itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan Petron Miles (P-Miles) dengan memberi peluang kepada mereka untuk memenangi percutian impian. Ia merupakan kesinambungan kempen “Jom Jalan-Jalan” yang dimulakan pada Oktober 2021 sejurus selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Kempen bersepadu selama tiga bulan itu merangkumi pengaktifan di lapangan dan dalam talian. Ia dimulakan dengan “Turkish Grand Bazaar” di Paradigm Mall dari 15 – 18 Disember 2022. 

Sebelum diikuti oleh kempen di seluruh negara menerusi pelbagai aktiviti menarik di stesen-stesen servis Petron terpilih serta peraduan di saluran media sosial. Terdapat juga barangan eksklusif Petron “Jom Jalan Jalan Türkiye” untuk dimenangi.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Türkiye, rakan kongsi pelancongan dan penaja tempatan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia. Ini datang tepat pada masanya kerana Petron juga menyambut ulang tahun ke-10 pada tahun ini,” kata Pengurus Pemasaran Petron Malaysia, Danny Chen.

Selain Türkiye Tourism, Petron turut bekerjasama dengan Türkiye Embassy, Turkish Airlines, Plaza Premium Group dan American Tourister untuk mempromosikan pelancongan demestik dan antarabangsa. Kempen ini menawarkan pelanggan peluang memenangi pakej percutian yang menarik.

Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad P-Miles. Pelanggan perlu memuat turun dan mendaftar pada aplikasi mudah alih Petron Miles apabila membuat pembelian petrol. Mereka akan mendapat penyertaan secara automatik dengan pembelian petrol minimum RM50 di mana-mana stesen servis Petron untuk layak memasuki cabutan bertuah.

Kempen itu akan memberi ganjaran kepada 336 pemenang bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM300,000. Seorang pemenang Hadiah Utama akan menikmati pakej pelancongan 8 hari dan 7 malam bernilai lebih RM50,000 bersama-sama seorang rakan. Mereka akan menikmati keselesaan kelas perniagaan Turkish Airlines.

Lima orang pemenang Hadiah Pertama akan menerima pakej percutian 8 hari dan 7 malam untuk dua orang dengan tiket penerbangan pergi balik Kelas Ekonomi dan akses ke lounge Plaza Premium.

Pemenang pakej tersebut akan mendapat pengalaman unik menerokai bandar purba di Turki, mencuba pelbagai makanan tempatan dan merasai berbagai kebudayaan yang berbeza. Pakej pelancongan itu merangkumi aktiviti menaiki belon udara panas di Cappadocia.

Seramai 330 pemenang Hadiah Saguhati akan dipilih. 30 pemenang akan menerima bagasi American Tourister bernilai RM800 dan 300 pemenang lagi akan menikmati mata P-Miles bernilai RM500. Semua pemenang bagi setiap kategori hadiah akan diumumkan selepas kempen selama tiga bulan berakhir.

Maklumat lanjut, sila layari www.petronmiles.com.my 

Google ads
Back to top button