Buletin

TAK LAKU!!!HONDA HENTI EDAR KENDERAAN BAHARU DI RUSIA

Honda mengambil keputusan menghentikan bekalan kenderaan baharu di pengedar-pengedar rasmi di Rusia bermula pada 2022.

Ia sebagai langkah pengeluar dari Jepun itu dalam usaha penstrukturan operasi di peringkat global ketika berdepan pandemik.

Begitupun, jenama berkenaan akan terus berada di pasaran Rusia dengan menjual motosikal dan jentera berat malah akan mengekalkan perkhidmatan selepas jualan kenderaan.

Tidak seperti pesaing Toyota dan Nissan, Honda sendiri tidak mempunyai fasiliti pemasangan di negara terbabit dan hanya menjual sebanyak 79 kenderaan sahaja pada bulan lalu.

Ia menunjukkan jualan jenama itu susut sebanyak 50 peratus berbanding tahun lalu malah bergantung kepada dua model sahaja iaitu CR-V dan Pilot.

Pada tahun ini, jualan keseluruhan Honda sehingga November menunjukkan penurunan sebanyak 15 peratus iaitu jualan sebanyak 1,383 unit kenderaan.

Berbanding tempoh sama pada tahun lalu, jualan kenderaan Honda adalah sebanyak 1.3 juta kenderaan di Rusia. – carscoops

Google ads
Back to top button