
PASUKAN SWAT BERTINDAK BILA EKZOS PERANG BERBUNYI SEPERTI TEMBAKAN RAIFAL AK47 (+VIDEO)
Biasanya ekzos aftermarket yang berbunyi bising kita akan gelarkan sebagai ekzos perang. Ia memang memanggil-manggil orang kampung untuk memaki anda walaupun anda ingin kelihatan cool. Kali ini memang bala la buat pemilik Honda Integra dalam video yang mengubahsuai ekzosnya sehingga berbunyi seperti medan perang.
Berdasarkan rakaman video terbabit sepasukan anggota SWAT lengkap bersenjata telah dikerahkan untuk menyiasat kegiatan di sebuah bengkel membaiki kereta. Ini kerana ada yang mendakwa terdengar bunyi seperti tembakan raifal automatik dilepaskan. Yang kelakarnya bunyi tersebut rupanya datangnya daripada ekzos Honda Integra brader kita ni.
Pemilik Integra tersebut yang dikenali dengan nama Enrique Mendoza sedang bermain-main dengan peralatan launch control baru dilengkapkan di luar kawasan bengkel dan tidak sangka bunyi tersebut menarik perhatian ramai orang.
Sebaik menerima aduan sepasukan anggota polis lengkap bersenjata menyerbu kawasan terbabit dan menerima hakikat yang bunyi tersebut dihasilkan oleh kereta Mendoza. Tu pun mula-mula panas juga sebab ada anggota yang tidak percaya dengan penjelasan Mendoza.
BACA: FORD CIPTA BUNYI EKZOS BOLEH SET IKUT MASA, TAKUT KENA MARAH JIRAN KAH KAH KAH
Nasib baik juga pihak polis bertolak ansur dan memberi peluang kepada Mendoza membuktikan kepada mereka yang bunyi tersebut memang dihasilkan daripada ekzos kereta beliau. Kalau tak rasanya ada yang memang kena tembak dengan pasukan SWAT ni.
Hah, korang yang suka sangat dengan ekzos perang tu silalah ambik iktibar. Buatnya polis tembak terus kerana tersilap menyangka korang tembak diorang dulu tak ke mati katak di buatnya.