Artikel Pilihan

MAZDA CX-4 VS TRAUM MA-501 – NAMPAK SAMA TAPI BUKAN DIA

Unik. Pelik. Itulah dua perkataan yang terlintas apabila meilihatkan dua buah kenderaan dari China ini. Nampak sama, tapi bukan dia. Satu adalah ori Mazda CX4, makala satu lagi adalah jenama baharu di China, Traum MA501.

BACA : ZOTYE SR9 KLON PORSCHE MACAN

BACA : JINBEI DIAZI ACAH-ACAH KEMBAR ACURA MDX

Apa yang unik mengenai Mazda CX4 ini, model crossover ini yang kelihatan cantik ini dibina khusus untuk pasaran China. Ianya adalah hasil kerjasama diantara FAW-Mazda. CX4 ini telah pun dipertontonkan kepada umum sewaktu Beijing Auto Show 2016.

Model ini dijanakan dengan pilihan enjin 2.0 liter dengan kuasa 158hp dan juga enjin 2.5 liter dengan kuasa 192hp. Bila dah nama Mazda, sudah tentu Skyactive adalah perkara yang wajib ada sebagai ciri standard disamping pemilihan kotak gear enam kelajuan.

Mazda CX4 yang dipasangkan di Changchun ini  cuma berharga pada permulaan 140.800 Yuan sahaja (RM86,897). Harganya kira macam jenis 1China jugalah kan. Tak berapa nak mahal.

Pelik. Walaupun Mazda CX4 ini adalah model khusus pasaran China, namun itu bukanlah alasan model ini di copy paste oleh pesaing lain. Traum adalah jenama baharu dalam pasaran China. Dan untuk makluman, Traum ini adalah jenama yang diletakkan di bawah induk Zotye, sebuah pengeluar kenderaan yang cukup handal dalam bab tiru-meniru ini.

Dilihat dari mata kasar rekaaan yang diberi nama Traum MA-501 ini, jelas kelihatan persamaan yang agak ketara terutamanya pada rekaan gril, bentuk lampu utama, posisi cermin pandang sisi, bentuk bonet dan yang paling ketara adalah rekaan sisi. Sama! Cuma beberapa penambahbaikan telah diberi seperti perumah lampu kabus yang disaluti dengan kemasan krom. Nampak cantiklah sikit daripada yang asal.

Dan apabila sudah diklon, sudah tentulah ianya harus lebih baik daripada yang asli. Jikalau tidak, lebih baik beli yang asli, iya tak? Mempunyai enjin 1.5 liter turbo yang mampu menjana 150hp, sudah tentu ianya dianggap sebagai memadai. Cukai jalan pun murah.

Jenama Traum ini yang dikhabarkan berasal daripada bahasa German membawa maksud dream khusus dipasarkan untuk golongan pembeli baharu yang muda belia. Jikalau dilihat daripada model ini, nampaknya sasaran yang dituju macam kena. Model klon ini dijangka berada pada pasaran China pada pertengahan kedua 2018 nanti.

Sumber : carnewschina.com

 

 

 

Google ads

B K

Back to top button