Artikel Pilihan

TOYOTA PRIUS COUPE JADIAN DI TAS – ASALNYA ADALAH SEBUAH HONDA INTEGRA

Korang mesti pernah baca cerita pasal harimau jadian kan? Popular buku tu dulu tapi kini kami an cerita pasal sebuah kereta jadian yang kami temui di TAS 2024 baru-baru ini. Ia adalah sebuah Toyota Prius Coupe hasil kerja tangan pelajar-pelajar dari Gunma Automobile College (GAUS). Ah peminat Initial D mesti tahu wilayah Gunma ni kan? Eh, betul ke ada Prius Coupe ni bang?

Memang tak pernah wujud pun Prius coupe sebenarnya. Model yang mempunyai ‘wajah’ seakan-akan Prius ini sebenarnya diasaskan daripada Honda Integra yang kemudian di’mashup’kan dengan resipi gaya Jepun. Lengkap dengan lampu hadapan Prius, lampu belakang Lexus dan kit badan lebar. Eh, cantik pula bila tengok hasilnya.

Kereta Donor Prius Coupe ini ialah sebuah Honda Integra generasi keempat yang kita kenali sebagai DC5. Lampu depan tu memang lampu original Prius dan bukannya barang custom murahan. Bumpernya memang custom rekaan sendiri budak-budak GAUS selain fender lebar dan rekaan depan yang lebih tirus. Modifikasi menyeluruh meliputi skirting sisi dan fender belakang lebar dan diakhiri dengan rim bersaiz 18 inci Work.

Paling ketara di bahagian belakang ia penggunaan lampu-lampu Lexus IS 350 yang digelapkan dan nampak cukup sesuai dengan Prius jadian ni. Boleh dikatakan kesemua bahagian panel luar kereta ini adalah hasil kerja tangan custom termasuklah bumper yang sporty dan spoiler yang diintegrasi dengan bonet belakang.

Menjengah ke bahagian dalam kami dapati sepasang tempat duduk Recaro, roda stereng MOMO dan iPad yang mengambil tempat sebagai skrin infotainment. Sistem audio cukup berkuasa ditaja oleh Diecock. Nama macam brand ayam tapi ini bukan sebarang ayam boh.

Enjin asal Honda K20A 2.0 dikekalkan dan dengan talaan ECU ia kini mampu menghasilkan 217 dan hampir menyamai Honda Integra Type R. Akhir sekali, ia kemudiannya dilengkapkan dengan suspensi udara Plum AIRLIFT membolehkan kereta ini direndahkan rapat ke permukaan bumi. Fuh, mercik.

Prius Coupe ini dinamakan “Will Get 650Vision” dan dihasilkan untuk menunjukkan kepakaran GAUS di TAS. Sudah tentu ia model one-off tapi kita kena akui ia memang sebuah model yang cantik.

Google ads
Back to top button