
PEMPENGARUH GUNAKAN TRAK TUNDA UNTUK ELAK SAMAN EKZOS BISING – BIJAK KAU EH
Kalau dah namanya kaki kereta memang tak sah kalau tak berkumpul seminggu sekali dengan member-member yang satu kepala. Ia biasanya diadakan ditempat-tempat tertentu seperti kafe terbuka ataupun warung di mana pemilik memakir kereta masing-masing dan bersosial sesama mereka. Ada juga yang bergerak dalam konvoi ke lokasi tertentu yang menjadi pilihan.

Disinilah peserta berpeluang menunjuk-nunjuk kehebatan kereta masing-masing. Baik dari segi prestasi mahu pun dari aspek kosmetik. Parker Jones ialah seorang pempengaruh automotif yang popular di AS dan selalu menyertai acara seumpama ini dengan memandu Corvette Z06 yang diubahsuai milik beliau.
Jones diminta seorang peminat supaya menekan pedal minyak kereta beliau dan dengan modikasi pada enjin dan sistem ekzos, bunyinya memang melepasi had yang dibenarkan di bandar. Sudah tentu ada penduduk setempat yang tidak senang hati dan memanggil pihak polis.
Polis tiba dan menunggu Jones bergerak meninggalkan lokasi berkumpul untuk menahan beliau kerana menggangu ketenteraman awam. Jones mendapat ilham bijak untuk mengelak dari ditahan dan disaman. Bahkan kenderaan beliau juga mungkin akan dirampas.
Sifirnya mudah sahaja, kalau Jones tidak berada dalam kereta yang dimaksudkan, polis tidak boleh menyaman beliau bukan? Jadi Jones memanggil trak tunda untuk membawa Corvette tersebut pulang ke rumahnya.
Jones berjaya pulang ke rumah dengan selamat menaiki Corvette yang berada di atas trak tunda dan mengelak dari dikenakan saman.
Korang rasa mana lagi mahal? Saman tu ataupun kos trak tunda lagi mahal? Kalau kat Malaysia mungkin kos trak tunda lagi mahal kot?