Buletin

PEMANDU KURANG AJAR? INI ANTARA SALAH SATU CARA TERBAIK UNTUK MENGAJAR MEREKA!

Kesesakan jalan raya memang boleh membuatkan ramai orang hilang sabar. Apabila hilang sabar, maka tidak hairanlah jika kita boleh melihat banyak sekalo perangai monyet ditunjukkan di atas jalan raya.

Daripada memotong di garisan berkembar, memandu di laluan kecemasan atau hon tak tentu pasal. Macam lah dia seorang sahaja yang nak cepat.

Video yang dimuat naik di laman YouTube ini menarik perhatian saya. Berdurasi 35 saat, ia memperlihatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi tidak mengalah apabila sebuah SUV memasuki lorong bertentangan untuk memotong barisan.

Tidak diketahui di mana insiden itu dirakam, keberanian penunggang tersebut memaksa pemandu SUV itu mengundur sejauh beberapa meter sebelum masuk semula ke barisannya.

BACA: BALIK RAYA PUNYA CERITA 2017 

Harap-harap, si pemandu tadi ambil iktibar. Bukan sahaja tindakannya boleh mengundang kecelakaan, malah membuatkan lebih ramai yang panas hati. Apa yang pasti, mesti ramai yang seronok melihat insiden ini.

Sempena musim perayaan ini, masih belum terlambat untuk team Mekanika Malaysia berpesan agar kita semua menjadi pemandu yang berhemah di atas jalan raya…

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button