Motosikal

QJMOTOR BANGUNKAN SKUTER ADVENTURE 900CC – 93.7HP, 90NM

Kami difahamkan bahawa QJMotor sedang membangunkan skuter adventure 900cc ketika ini. 

Menurut sumber, pihak QJMotor telah pun menghubungi MForce Bike Holdings mengenai perkembangan skuter berkenaan di samping memohon maklum balas mengenai aspek reka bentuk dan teknologi. 

Berdasarkan hebahan yang kami terima, QJMotor menamakan model prototaip tersebut sebagai SRT 900 SX. 

Terdapat beberapa ciri utama yang digariskan antaranya DNA adventure, praktikal, prestasi 900cc, selesa selain urban dan off-road upaya. 

*Benelli TRK 902 Stradale

Menariknya, SRT 900 SX ini akan dikuasakan enjin parallel-twin 904cc DOHC. Untuk rekod, ini adalah platform sama yang menggerakkan Benelli TRK 902 Stradale namun telah ditala semula bagi menghasilkan 93.7hp pada 8,750rpm dan 90Nm pada 6,500rpm. 

Dari sudut reka bentuk, SRT 900 SX ini jelas menerapkan elemen adventure yang ketara dengan penggunaan rim jenis lidi bersaiz 17-inci depan dan belakang, penghadang angin tinggi dengan fungsi boleh laras serta handguard. 

Menariknya, meskipun dibangunkan sebagai skuter adventure namun SRT 900 SX ini turut dilengkapi dengan winglet secara standard. 

Antara kelengkapan lain bakal ditawarkan termasuk lampu LED penuh, skrin TFT 7-inci berwarna serta comfort seat. Memandangkan QJMotor mempunyai kerjasama dengan Marzocchi, kami juga mengjangkakan penggunaan suspensi dari jenama Itali tu ternasuk brek Brembo.

Ini bukan kali pertama QJMotor menghasilkan skuter berprestasi tinggi kerana mereka turut berkerjasama dengan Italjet bagi pembangunan Dragster 700. Untuk rekod, Italjet 700 dikuasakan enjin Benelli TRK702. 

Google ads
Back to top button