Artikel Pilihan

RENAULT BAKAL MEMPAMERKAN JENTERA HEBAT DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED 2017

Renault bakal kembali sekali ke Goodwood Festival of Speed 2017 yang bakal berlangsung tanggal 29hb Jun hingga 2hb Julai 2017 nanti. Festival yang memaparkan kelajuan ini bakal berlangsung di Goodwood House, United Kingdom. Apa yang menariknya lagi, pada tahun ini merupakan genap 40 tahun pembabitan Renault dalam arena perlumbaan F1.

BACA : RENAULT FLUENCE FORMULA EDITION – RM126,688

BACA : RENAULT MEGANE GT dCI 165 Auto EDC DIPERKENAL – 165HP, 380NM!

Bersempena dengan FoS (Festival of Speed) ini, Renault bakal mempersembahkan jentera yang telah memenangi perlumbaan dalam perlumbaan utama sehinggalah kepada bakal jentera F1 pada masa hadapan. Jentera Renault F1 RS 01, yang pertama seumpamanya menggunakan turbo pada tahun 1977 pasti mencuri perhatian pengunjung pada FoS kali ini yang bertemakan “Peaks of Performance – Motorsport’s Game-Changers”.

Jentera F1 terkini Renault, R.S.17 turut akan dipersembahkan yang dipandu musim ini oleh Nico Hülkenberg dan Jolyon Palmer. Selain daripada itu, beberapa nama pelumba Renault turut akan hadir untuk memeriahkan acara seperti Robert Kubica, Sergey Sirotkin, Jean Ragnotti, René Arnoux, Eric Leroux, Nicolas Navarro dan Jean Pierre Prevot. Yang pastinya, Renault bakal membariskan jentera handalan bagi acara utama FoS ini, Hillclimb.

1902 Renault Type K
Ianya adalah jentera Renault pertama yang memenangi perlumbaan pada 1902 bermula di Paris sehingga Vienna. Marcel Renault yang memandunya ketika itu berjaya melintasi garisan penamat sejauh 808 batu dengan kadar kelajuan sekitar 39mph, satu kelajuan yang sudah dianggap cukup laju pada zaman serba-serbi hitam dan putih warna kaca tv. Jentera yang cukup ringan dan laju ini sudah cukup membuktikan bahawa Renault sejak dahulu lagi sememangnya pesaing yang serius dalam dunia permotoran.

1985 Renault 5 Maxi Turbo
Jentera ini adalah sebuah hatchback berprestasi tinggi yang turut boleh digunapakai dalam dunia rali mahupun sebagai kegunaan harian, sebagai jawapan kepada kehandalan jentera Lancia pada ketika itu. Dengan ruangan arch bahagian belakang yang telah mengalami proses pengembangan luluhawa menjadikan ianya kelihatan cukup garang pada era 80an itu. Kejayaannya menjuarai Rali Monte Carlo pada era itu menjadi bukti kejaguhan jentera supermini ini.

2017 ZOE e-Sport Concept
Para pengunjung pasti akan teruja untuk melihat secara langsung bagaimana lincahnya jentera ini yang telahpun diperkenalkan kepada penonton pada Geneva Motor Show 2017. Jentera konsep elektrik ini dikatakan mempunyai beratus-ratus ekor kuasa kuda yang boleh dilepaskan (bersamaan dengan kuasa 340 kW ataupun 460 hp) dengan menampilkan dua enjin yang menggunakan teknologi magnet berkapasiti tinggi yang turut dijanakan oleh bateri berkapasiti 40 kW. Struktur badan yang menggunakan Carbon Fiber sudah menjadikan ianya cukup ringan dan mampu mencapai 3.2 saat sahaja untuk jarak titik pegun mencecah ke 62mph

Sumber : Newspress

Google ads

B K

Back to top button