Artikel Pilihan

PEMILIK HYUNDAI SONATA INI NEKAD TUKAR JADI FORD, ELAK DICURI

Pemilik Hyundai dan Kia buat masa ini akan melakukan apa sahaja bagi mengelakkan kenderaan mereka daripad dicuri. Ini adalah masalah teknikal yang dihadapi oleh pemilik jenama Kia-Hyundai menjadikan kenderaan daripada jenema ini sangat mudah dicuri dan menjadi sasaran pencuribterutama bagi kenderaan buatan sebelum 2022.

Bagi mengelakkan masalah kecurian, seorang pemilik Hyundai Sonata di Amerika sanggup menukar logo Hyundai miliknya kepada logo Ford dalam usaha mengelirukan pencuri dan mengelakkan kecurian. Gambar ini dimuat naik ke laman sembang Reddit oleh seorang pengguna yang merasa kagum dengan usaha pemilik

Desababkan rekaan kenderaan zaman moden kelihatan hampir sama dan generic, adalah sangat mudah bagi pemilik mengelirukan Sonata miliknya dengan menjadi Ford Fusion. Malah ada pembaca yang memberi pendapat rekaan ini juga hampir sama dengan rekaan Subaru Legacy.

Hyundai dan Kia yang menggunakan kunci biasa tradisional boleh dicuri dengan membuka plastik steering column. Malah ada pencuri yang boleh menghidupkan enjin dengan menggunakan kabel USB dalam unit ignition tumbler, menghidupkan enjin dan melepaskan pengunci stering

Pencuri hanya menyasarkan kereta Hyundai-Kia yang menggnakan kunci biasa disebabkan kereta yang ia tidak dipasang dengan satu ciri anti theft immobilizer. Sistem ini menggunakan cip elektronik bagi mengenalpasti kunci yang asli bagi membenarkan enjin dihidupkan.

Jika pencuri menggunakan kunci pendua tanpa immobilizer, ia tidak akan berjaya dihidupkan. Hyundai-Kia sedang berusaha menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan perisian baru anti kecurian secara percuma kepada semua pemilik Hyundai-Kia.

Keadaan ini menyebabkan Hyundai-Kia berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa dan juga tindakan senarai hitam daripada pihak insurans yang tidak mahu menawarkan perlindungan insuran kepada model Hyundai dan Kia.

Google ads
Back to top button