
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S DI NILAI
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama pengedar sah Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd membuka Pusat 3S Mitsubishi Motors yang pertama di Nilai baru-baru ini.
Pengembangan terbaru ini meningkatkan rangkaian pengedar Mitsubishi Motors ke-59 bilik pameran di seluruh negara.
Terletak di Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, bilik pameran itu terletak di sepanjang jalan utama Persiaran Korporate.
Dengan keluasan seluas 6,400 kaki persegi, Pusat 3S memaparkan identiti jenama dengan mesej jenama global ‘Drive Your Ambition’.

Selain menempatkan ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WIFI dan sudut kanak-kanak, bilik pameran berkenaan turut dilengkapi dengan pusat servis serba lengkap serta mempunyai tiga ruang servis.
“Selaras dengan rancangan perniagaan Mitsubishi Motors dan kami berusaha secara progresif memperkenalkan model Mitsubishi Motors baharu di Malaysia, melalui meningkatkan titik sentuhan pelanggan kami.
“Melalui langkah strategik ini, kami menyasarkan untuk meliputi lokasi belum diterokai dan melanjutkan jualan serta perkhidmatan kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda.
Beliau menambah, “Ban Lee Heng Motor telah berada dalam perniagaan automotif sejak 1976, dan sangat berpengalaman dalam industri.
“Kami yakin bilik pameran baharu itu akan meningkatkan keterlihatan Mitsubishi Motors di Nilai untuk menyampaikan pengalaman pemilikan yang menyenangkan.”
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke halaman Facebook dan Instagram Ban Lee Heng Motor ‘Mitsubishi Motors – Ban Lee Heng Motor Nilai’ manakala akaun TikToknya ialah ‘Mitsubishi Motors Nilai.’
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA AJAK PEMINAT RASAI SENDIRI KEBOLEHAN TRITON DI MITSUBISHI TRITON CHAMPION XPERIENCE
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA PAMER TRITON DAN XPANDER DIUBAH SUAI DI TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2023
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR PROGRAM MAX CERTIFIED- PLATFORM KERETA TERPAKAI
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S DI ALOR STAR DAN LANGKAWI, TERBESAR DI UTARA