Modifikasi

PEMINAT PROTON ARENA MAKIN MENJADI-JADI. PATUT HARGA MAHAL

Proton Arena dikeluarkan oleh Proton pada tahun 2002 bagi memenuhi keperluan dan menyokong perniagaan industri kecil di Malaysia. Ketika ia dikeluarkan dulu, ramai beranggapan ia dihasilkan bagi bersaing dengan Mitsubishi Storm.

Sesetengah pemilik perniagaan perlukan sebuah kenderaan yang besar untuk membawa barangan perniagaan tanpa memerlukan lesen kenderaan perdagangan. Maka disinilah kegunaan sebenar Proton Arena yang dihasilkan dengan menggunakan cesi Proton Wira dan dikuasakan dengan enjin 4G15 menunjukkan kemampuan sebenar.

Proton Arena juga dieksport ke negara dengan pemanduan sebelah kanan seperti UK, Australia dan Australia dan amat popular di sana. Cesi dengan sistem gantungan Topang McPherson di depan dan leaf spring di bahagian belakang mampu membawa beban yang berat dalam satu satu masa. 90 kuasa kuda dari enjin 1500cc sudah memadai untuk kegunaan perniagaan

Proton Arena yang diasaskan dari cesi Proton Wira ini juga rendah membolehkan muatan dimuatkan dengan mudah. Seperti yang kita sedia maklum, cesi Wira adalah diasaskan daripada cesi Mitsubishi Lancer. Keadaan ini membolehkan Arena menerima apa sahaja enjin yang pernah digunakan oleh Proton dan juga Mitsubishi.

Seorang pemilik di laman sosial Facebook Origin Automtive menunjukkan Proton Jumbuck (nama Proton Arena versi eksport) menerima enjin yang lebih berkuasa iaitu enjin 4G93P yang diambil daripada enjin Proton Satria GTi. Enjin ini merupakan enjin versi NA yang digunakan oleh Lancer GSR mampu menghamburkan 138 kuasa kuda dari enjin 1800cc DOHC

Kemasan di bahagian luar diberikan rekaan Evolution dengan komponen fender dan bampar dari Lancer Evolution II, kit badan yang lebar serta penutup enjin lengkap dengan hood bagi menghasilkan rekaan yang lebih garang. Malah lampu OEM digantikan dengan lampu ala-ala Evo dengan gayaan smoke

Rim asal digantikan dengan rim yang lebih besar dan lebar, maaf kami tidak cam pula saiz tayar yang digunakan. Tapi warna hitam dan tayar lebar ini memberikan profail yang lebih rendag dan sport. Skirting tepi pula dihiasi dengan perkataan Evolution 3. Mungkin mereka hairan, Evo 3 ada versi pikap ya walaupun ia dilahirkan di Malaysia

Di bampar depan, terdapat komponen intercooler dipasang memberikan idea yang enjin ini mungkin dipasang dengan sistem pendesak turbo. Siapa sangka kenderaan utiliti ini (atau singkatannya Ute) yang kurang popular dulu mulai menarik perhatian di mana-mana sahaja. Harga sebuah Proton Arena buat masa ini boleh tahan harganya.

Posting asal di pautan ini. Jom masuk dan berikan sokongan anda

Google ads
Back to top button