Buletin

SUBARU LANCAR WRX S4, LEVORG STI SPORT R DI JEPUN

Pasaran Jepun kini menerima kehadiran dua buah model baharu, iaitu Subaru WRX S4 dan Subaru Levorg STI Sport R di mana salah satu daripadanya merupakan kemaskini kepada penawaran sedia ada.

Kita mulakan dengan Subaru WRX S4 terlebih dahulu, di mana ini merupakan pengenalan secara rasmi ‘crossover’ sedan untuk pasaran tersebut setelah ia dilancarkan di peringkat global awal September lalu.

Dari segi rupa, ia boleh dikatakan sama sahaja dengan penawaran di Amerika Syarikat, namun versi Jepun didatangkan dengan logo STI, lencana S4, serta ciri unik penyeka kaca di belakang serta kehadiran skrin kluster digital 12.3 inci.

Sementara wagon Subaru Levorg telah pun dilancarkan di Jepun pada Ogos tahun lalu, dan kini ia menerima kemaskini dengan penambahan varian baharu Levorg STI Sport R.

Jika versi asas Levorg hanya didatangkan dengan nadi boxer 1.8 liter turbo, versi STI Sport R (dan sedan Subaru WRX S4 itu tadi) mendapat enjin boxer 2.4 liter turbo yang mampu menghasilkan 271 hp dan 350 Nm.

Kesemua varian dilengkapi sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD, serta padanan transmisi CVT sahaja.

Subaru WRX S4 dijual pada harga bermula dari ¥4,004,000 (RM147,534), sementara Subaru Levorg STI Sport R pula bermula dari ¥4,389,000 (RM161,002).

Google ads
Back to top button