
BMW DEDAH M2 CS RACING SEBAGAI JENTERA KESELAMATAN MOTOGP
BMW M yang menyambut ulang tahun ke-50 memperkenalkan jentera keselamatan MotoGP terbaharu M2 CS Racing.
Begitupun, jentera lumba berkenaan yang dibangunkan berdasarkan generasi 2-Series agak ketinggalan berbanding model baharu M2 bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

M2 CS merupakan jentera coupe dua pintu yang masih memiliki prestasi tinggi dipadankan livery istimewa dan bar lampu tambahan untuk memikul ‘tugas’ baharu berkenaan.
Ia mendapat khidmat enjin turbo berkembar straight-six 3.0 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 444 hp.

Jentera keselamatan terbaharu itu turut dilengkapi ABS dan DCS yang boleh diubah suai, peredam ZF Sachs, bar anti-gulung boleh laras dan banyak lagi.
Jentera keselamatan M2 CS Racing akan melakukan debut pada 6 Mac ini pada Grand Prix Qatar. – carscoops









