Artikel Pilihan

BERAPA BINTANG JENTERA F1 DAPAT DARI UJIAN KEMALANGAN NCAP?

Jawapan mudah ialah kosong bintang kerana jentera F1 tidak diuji dengan protokol kemalangan seperti kereta penumpang yang biasa. Sebaliknya jentera F1 diuji dengan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan oleh FIA sebagai badan yang memantau aspek keselamatan pelumba, penonton dan semua komponen dalam perlumbaan

Sebelum tahun 1985, jentera F1 tidak diuji dengan protokol yang seragam oleh FIA. Setiap pasukan hanya perlu mematuhi beberapa rekaan yang digazetkan oleh FIA tanpa perlu diuji. Dengan kelajuan jentera boleh mencecah 300km/jam, kebanyakan pelumba hanya bergantung pada nasib sahaja jika terlibat dalam kemalangan.

Menjelang era selepas 1985, semua jentera F1 perlu diuji dengan prosedur kemalangan seperti berikut:

1. Survival Cell Frontal Impact Test – bahagian depan struktur jentera F1 akan dihentam sebanyak 2 kali dalam satu ujian bagi memastikan impak kedua tidak menjejaskan ruang pemandu

2. Roll structure testing – bertujuan menguji struktur jentera F1 jika ia bergolek atau bergulung (flip) di udara dan jatuh di atas permukaan litar dengan semua tayar ke atas

3. Survival Cell Load Test – jentera F1 akan dihentam dengan 20 tonne (bersamaan 20,000kg beban) dan hanya dibenarkan kemek sebanyak 25mm sahaja. Ini bertujuan melindungi pemandu, enjin dan tangki bahan api

4. Side Impact Structure Test – bertujuan melindungi pemandu jika mereka menghentam dinding di tepi litar atau dilanggar dari bahagian sisi

5. Front and Rear Impact Test – bahagian wing depan dan belakang diuji agar menerima impak dalam parameter yang dibenarkan oleh FIA, yang berpunca dari perlanggaran depan dan belakang.

6. Steering Column Impact Test – ujian ini direka bagi melindungi pemandu dari pada hentaman struktur stering, dengan struktur ini wajib direka agar tersimpan secara telekopik sewaktu perlanggaran.

7. Helmet Load Test – topi keledar pemandu mesti berupaya menyerap hentakan dari perehat kepala sewaktu impak kemalangan

Pendek kata jentera F1 akan dihentam dari segenap sudut bagi memastikan pemandu tidak mengalami kecederaan sekiranya kemalangan berlaku di atas litar lumba. Berbeza dengan tahun 1970an sehingga 1980an, kita boleh lihat pemandu F1 boleh keluar dan berjalan seperti biasa menuju ke ambulan selepas terbabit dengan kemalangan.

Anda boleh menonton video penuh berkenaan ujian ini dalam video di bawah

Google ads
Back to top button