Buletin

PENGELUAR KENDERAAN DI INDIA MULA PRODUKSI MODEL LHD UNTUK PASARAN EKSPORT

Pengeluar di India kini dilapor giat meningkatkan kapasiti dalam menghasilkan kenderaan pemanduan sebelah kiri (LHD) bagi memenuhi permintaan global yang kian bertambah. 

Eksport kenderaan LHD dilihat menjadi peluang besar untuk syarikat automotif seperti Nissan, Honda, Volkswagen, Tata Motors, Mahindra & Mahindra dan Ashok Leyland kerana mereka mula meluaskan pasaran LHD seperti Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika dan Asia Barat. 

Pasaran-pasaran tersebut mahukan kenderaan mampu milik. Jadi, perkembangan itu menjadi peluang buat syarikat mengukuhkan oeperasi masing-masing di India. 

“Honda misalnya sudah mula mengeksport model City ke 12 pasaran LHD, terutama di Asia Barat pada tahun 2021. Ia menandakan permulaan produksi modlel LHD di India untuk pasaran eksport dan mengukuhkan lagi komitmen kami terhadao inisiatif Made in India,” kata Naib Presiden Kanan Honda Cars India, Rajesh Goel. 

Honda, Ashok Leyland dan Tata Motor mensasarkan peningkatakan eksport LHD sebanyak tiga kali ganda. 

Walaupun India merupakan pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD), LHD mewakili hampir 87 peratus pasaran kenderaan penumpang di seluruh dunia. China menjadi pasaran paling besar, diikuti oleh Amerika Syarikat.

 Di peringkat global, pengeluar kenderaan seperti Volkswagen, Honda, Toyota, Nissan, Hyundai dan jenama mewah menjual 75 hngga 95 peratus produk mereka ke pasaran LHD. – India Times

Google ads
Back to top button