Buletin

HONDA AKAN PINDAH KILANG DARI INDIA KE INDONESIA. TINGKATKAN PELABURAN HINGGA RM1.49 BILION

Menteri Industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita mengumumkan bahawa Honda Motor Corp akan memindahkan operasi pemasangan kenderaan dari India ke republik berkenaan. 

Honda juga bersedia untuk meningkatkan pelaburan sebanyak 5.2 trilion rupiah (RM1.49 bilion) sehingga tahun 2024. 

Perkara itu didedahkan selepas Agus melawat ibu pejabat Honda di Jepun. “Honda komited untuk menambah pelaburan dan membangunkan model-model baharu di Indonesia. Kita pastinya akan terus menggalakkan pengembangan aktiviti pelaburan di Indonesia,” jelas Agus. 

Honda juga merancang untuk mengeksport kereta yang dibangunkan dan hanya dikilangkan di Indonesia itu ke 31 buah negara, termasuklah Malaysia. Komitme pelaburan yang diberikan oleh Honda turut melibatkan ekport komponen automotif. 

Buat masa sekarang, Honda mengeksport komponen yang dibuat di Indonesia ke sembilan buah negara seperti Thailand, Pakistan, India dan Arab Saudi. 

Pengeluar dari Jepun itu juga mendedahkan rancangan untuk membina kereta elektrik di Indonesia. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Indonesia sememangnya agresif atas hala tuju kenderaan elektrifikasi.  

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Indonesia menjadi lokasi pelaburan pilihan pengeluar kenderaan antarabangsa. Antaranya ialah Toyota, Suzuki, Hyundan dan terkini Tesla. 

Honda sebelum ini dilapor bakal menutup salah sebuah kilang di Greater Noida dan memindahkan operasi ke kemudahan di Rajashtan yang mempunyai kapasiti 180,000 unit kenderaan setahun. 

Google ads
Back to top button