
PENGSAN BERDIRI – KOS BATERI STARIA RM 1600 / UNIT.
Sekiranya anda perasan, kami akan sentiasa cuba mencari maklumat berkenaan kos pemilikan sesebuah kenderaan sekiranya ada masa terluang. Namun disebabkan kesuntukan masa, kekurangan maklumat dan juga perincian kos yang terlibat maka kadang kala kami tidak sempat untuk bercerita tentang kos pemilikan sesebuah kenderaan
Semalam rakan penulis iaitu Amer berkongsi kos pemilikan Hyundai Staria yang telah dibeli pada tahun lepas dan juga pernah dipandu oleh penulis pada tahun lepas. Amer juga pernah memiliki beberapa kenderaan lain seperti Alphard, Vellfire, dan juga Starex bagi tujuan perniagaan
Namun kali ini Amer berkongsi kos servis dan penyelenggaraan Hyundai Staria. Berikut ialah coretan Amer berkenaan dengan isu ini.
===================================================================
Kepada pemilik Hyundai STARIA PLUS
Lepas setahun lebih anda bakal merasa DUIT KELUAR MACAM AIR TERJUN, poket konfem KOYAKKK
Warranty cover 3 tahun atau 60,000KM, yg mana sampai dahulu
1,000KM rm969.60 – Okt 2023
10,000KM rm1,010 – Feb 2024
20,000KM rm1,282.65 – Jun 2024
30,000KM rm933.40 – Nov 2024
Nak tahu sbb mahal sgt? Staria ni pakai 8L minyak itam. SC jual myk Shell Helix Ultra 0W-30 utk 1 botol 4L rm386. Tambah lg 3 botol kecik 1L rm98/botol x 3 botol = rm294
Ko rasa? Situ jer dah habis bape? Haha
Bateri Staria
Menggunakan size paling pelik dan susah nak dapat. Sbb tu mahal gilerr. Terkejut Abam! Seumur hidup xpenah lg Abam tukar bateri kereta nilainya mencecah ribuan ringgit utk sebiji bateri. Lain la Abam pakai BMW atau Mercedes ![]()
Size dia AGM DIN80R. Apa kata dorg?
Tanya BATERIKU – No Stock
Tanya BATERIHUB – No Stock
Tanya KELVIN BATERI – Sy ada stock 80L. Yg R mahu order..
Tanya beberapa kedai bateri lain pun, lagi la xde. Dah yg big player pun xde barang.
Tanya Hyundai SC, bateri kena order ya. 2-3 hari baru sampai. Harga RM1,600 ya tuan. Makkkk aii gugur jantung dgar petikan harga dari SC. Selamba dek jer harga cenggitu. Keta dah sadai 2 hari ni hahaha
Cari punya cari, jumpa jgk la baterinya kt gudang area Kepong dgn harga rm1,200. Nk best kan lg citer, tauke bateri ni pun kata dia pun x simpan ini stock bateri lebih dari 2 biji sbb 1 mahal, sbb 2 susah jual. Jujur dia kata bateri ni import dari Korea untung pun kecik. Dah jual mahal pun xde untung byk ![]()
Tayar Staria
Ini pun sakit hati. Abam ingat dpt lah jimat kt sini. Kot dpt tayar harga rm300-350/biji. Ehhh xde bai. Dia punya susah nk dpt tayar jenis ni, mmg geleng kepala 40 kali.
Tayar dia size 215/65R17C. Common tyres mana ada C tu. C means for Commercial use. Means body kereta ni berat, campur dgn muatan kalau dah sumbat 10 org dewasa kt dalam Staria ni boleh jd berat hingga 3 TAN++. Kereta besar tp tayar kecik. Logik dgn berat cmtu, pakai tayar biasa mmg kelaut ler nanti..
If pakai tayar xde C, ko standby la tayar tu MELETOP tgah jalan. Ni bkn Abam sendiri mandai2 cakap. 3-4 tauke tayar lain2 kedai ulang cakap benda yg sama…
“Mmg wa tara jamin leyyy”
“Wa sudah tanya supplier besar, lu jgn main ini ori pakai C, skrg lu mau pakai tara C, apa jadi lu sendili tanggung okay”
“Abg boleh pakai yg xde C, tp sy rasa 3-4 bulan je tahan”
Ko dgar pun cuak kan?
Aso Gombak – No Stock
Oscar Klang – No Stock
SKC/Enkei Ampang – No Stock
V Seven Continental Serdang – No Stock
Wega Toyo Sg Besi – No Stock
JS Motorsports Sunway – Meh i tolong order utk u
Ending Abam terpaksa jgk beli yg ada C. Yg ada stock terbaik adalah MICHELIN Agilis dgn harga rm560/biji x 2 biji = rm1,120. Tp ni pun kena tggu special order 2-3 hari. Kalau ko nk pakai ori balik brand KUMHO, ada stock dkt SC dgn harga rm650/biji. Fikir2kan hahaha
Abam hanya runner. Abam mmg suka buat maintenence kereta
Sekian.
PDJ Vehicle Supplies ![]()
