Buletin

PENJENAMAAN SEMULA MYTUKAR. PAMERAN JUALAN BERMULA 1-3 JULAI 2022

Laman web jual beli kereta terpakai, myTukar baru-baru ini mengumumkan inisiatif penjenamaan semula yang menampilkan rupa dan skema warna baharu.

Penjenamaan semula itu bertujuan untuk mencerminkan lagi kekukuhan jenama tersebut sebagai sebahagian daripada rangkaian serantau CARRO. Selain  menzahirkan visi dan hala tuju ke arah platform kereta terpakai nombor satu di Asia Tenggara.

Sempena pencapaian itu, myTukar mengadakan pameran jualan selama tiga hari, bermula 1 hingga 3 Julai 2022 bertempat di pusat pameran utamanya di myTukar Retail Experience Centre, Puchong South.

Acara itu dijangka mampu menarik lebih 6,000 orang pengunjung dan menawarkan lebih 1,000 unit kenderaan pra-milik yang telah disahkan sendiri oleh myTukar.

Beberapa hari sebelum inisiatif penjenaman semula dibuat, myTukar telah menyediakan beberapa buah kotak jingga misteri yang dilengkapi kod QR di beberapa buah lokasi bermula di Plentong, Johor Bahru; The Starhill, IOI City Mall dan One Utama, Lembah Klang; Gurney Plaza, Pulau Pinang, dan tidak ketinggalan di myTukar Retail Experience Centre, Puchong South.

Kotak-kotak jingga itu sebenarnya memberi peluang kepada orang ramai untuk merebut hadiah bernilai sehingga RM20,000. Semakin ramai orang mengimbas kod QR, hadiah yang lebih menarik akan ditawarkan kepada peserta bertuah.

Bukan itu sahaja, pelanggan myTukar berpeluang untuk menikmati satu lagi pengalaman baharu yang unik menerusi pengenalan trak jenis flatbed yang akan menghantar kenderaan yang dibeli terus ke rumah mereka.

“Usaha pengembangan serantau kami bermula dengan matlamat untuk mendigitalkan proses pemilikan kereta pra-milik tradisional. Selepas memasuki pasaran Indonesia dan Thailand, kami terus melebarkan sayap ke Malaysia dan akhirnya menjalin perkongsian dengan myTukar, yang berkongsi visi sama untuk meningkatkan pengalaman digital pengedaran kereta di negara ke arah menjadi peneraju industri di rantau ini.

“Penjenamaan semula myTukar hari ini adalah pembaharuan komitmen syarikat untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia kepada pelanggan, selain menjamin proses pemilikan kereta yang lancar dan telus,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama CARRO, Aaron Tan.

Google ads
Back to top button