
SMART #5 DALAM WARNA MERAH BAHARU, PETANDA PILIHAN TERKINI BAKAL TIBA?
Satu unit smart #5 telah dikesan tampil dengan warna merah yang belum pernah diumumkan secara rasmi, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa pengeluar kenderaan elektrik itu mungkin sedang bersiap sedia memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model berkenaan.
Berdasarkan imej yang diperoleh, SUV elektrik tersebut kelihatan diparkir bersama beberapa unit smart #5 lain yang menggunakan warna sedia ada.
Namun, kemasan merah terang pada unit berkenaan jelas menonjol dan menarik perhatian.
Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi mengenai nama warna tersebut mahupun sama ada ia akan ditawarkan kepada pelanggan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, kemunculan unit itu boleh menjadi petunjuk bahawa smart sedang menilai atau menambah pilihan personalisasi untuk model terbaharunya.
smart #5 merupakan model terbesar dalam barisan produk smart ketika ini, dengan rekaan SUV yang lebih lasak serta menawarkan ruang kabin lebih luas berbanding smart #1 dan smart #3.
Jika benar warna merah ini bakal diperkenalkan secara rasmi, ia dijangka menjadi antara pilihan yang paling menyerlah dalam portfolio smart #5, terutama bagi pembeli yang mahukan penampilan lebih sporty dan berani.
Dari segi prestasi, perincian adalah seperti berikut;
Premium (RWD)
- Pacuan roda belakang
- Pecutan 0–100 km/j: 6.5 saat
- Bateri 100kWh, jarak sehingga 590km (WLTP)
- Pengecasan pantas DC 400kW + pengecasan AC 22kW
BRABUS (AWD)
- Dua motor, pacuan semua roda
- Pecutan 0–100 km/j: 3.8 saat
- Launch Mode, bunyi talaan BRABUS
- Tempat duduk Dinamica microfibre
- Angkup brek merah
- Rim 21-inci BRABUS Monoblock Z
Untuk harga pula, smart #5 diberi tanda harga bermula RM199,800 (Premium) dan BRABUS pada harga RM249,800 (harga atas jalan tanpa insurans).
- BACA: OPS ULAT KLIA: JPJ KESAN PEMANDU E-HAILING TIDAK GUNA APLIKASI UNTUK RAIH KEUNTUNGAN
- BACA: IRAS XIAOMI SU7, INI GALAXY TT BAHARU DARIPADA GEELY – TAWAR JARAK GERAK 725KM
- BACA: FERRARI 12CILINDRI MANUALE DILANCARKAN- JANA 830HP, TERHAD 1,499 UNIT
- BACA: PELAJAR UiTM MENANG HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH P-CIRCLE, PANDU PULANG PERODUA MYVI







