Buletin

PERJUMPAAN K-CAR TERBESAR DI MALAYSIA. MEMANG MERIAH!

Semalam berlangsungnya acara tahunan perjumpaan kereta K-Car di Malaysia yang berlangsung di Sendayan, Negeri Sembilan.

Setiap tahun, acara ini menarik ribuan buah kenderaan berkumpul yang mana pesertanya datang dari seluruh negara. Acara Super Mega Gathering Kcarlife 2019 ini mencatatkan 3,100 buah kenderaan yang mengambil bahagian.

Lokasi tahun ini ialah d’Tempat Country Club di bandar Bandar Sri Sendayan. Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Taufek bin Abd Ghani, Pengerusi Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Dianggarkan lebih 8,000 pengunjung hadir yang mana ia turut dilawati oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai, YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin.

Nah, enjoy gambar dulu.

GALERI

Google ads
Back to top button