Motosikal

BELI MITSUBISHI TRITON – KADAR FAEDAH SERENDAH 0.88% DENGAN MAYBANK

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan kadar faedah paling rendah sehingga 0.88 peratys untuk model Mitsubishi Triton yang eksklusif dengan pembiayaan daripada Maybank sahaja.

Promosi yang sah bermula hari ini hingga 30 September 2019 adalah sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Pelanggan yang menempah serta mendaftar sebuah Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih sama ada kadar faedah rendah sehingga 0.88 peratus (Maybank sahaja) rebat tunai:

Triton VGT Adventure X kini didatangkan dengan Flying Sports Bar yang bergaya tanpa penambahan harga.

Pelanggan yang menempah serta mendaftar Mitsubishi Outlander 2.0L atau 2.4L akan menikmati rebat tunai sehingga RM6,000 dan RM4,000.

Outlander 2.0L ditawarkan pada harga RM137,888 manakala Outlander 2.4L berharga RM152,888 seunit.   

Sebagai sebuah kenderaan keluarga dengan tujuh tempat duduk, Outlander dilengkapi pelbagai sistem keselamatan. Antaranya ialah sistem 4WD, ABS, EBD, Brake Assist, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA) dan ISOFIX sebagai ciri standard.  

SUV kompak Mitsubishi ASX 4WD dan 2WD pula hadir dengan rebat tunai RM12,000 dan RM8,000. ASX 4WD ditawarkan pada harga RM133,336 dan ASX 2WD berharga RM118,866 seunit.

Outlander dan ASX hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Tags
Google ads
Back to top button