Motosikal

YAMAHA RD LC 125 LEGEND UNTUK DIJUAL. HASIL JUALAN 100% UNTUK BAIK PULIH SURAU

Siapa peminat motosikal, pasti akan menghargai jentera mereka apatah lagi menyimpan pelbagai nostalgia.

Bagi seorang lelaki dikenali sebagai Wak Teng, dia sanggup ‘melepaskan’ motosikal kesayangan. Yamaha RD LC 125 untuk satu tujuan yang mulia, ingin membaik pulih sebuah surau.

Motosikal legend berkenaan dalam keadaan baik ingin dijual pada harga bermula RM25,000.

 Kesemua wang jualan akan disalurkan 100 peratus untuk proses pembaikan surau Al-Ihsan, Jalan Delima 11, Taman Kota Masai, Johor.

Dalam perkongsian Facebook Mohd. Zukri memaklumkan jentera berkenaan dijaga dengan baik dan menggunakan komponen barangan asli.

“Sebuah jentera kesayangan RD LC 125 ingin dilepaskan demi memenuhi hajat kariyah surau Al IHSAN jln delima tmn kota masai demi membaik pulih surau berkenaan.

“Segala hasil dana penjualan moto ini 100% akan disalurkan atas pogram ini insyallah smoga dipermudahkan tujuan ini,” kata perkongsian itu lagi.

Mereka yang berminat boleh menghubungi sendiri, Wak Teng melalui talian 013-708 0929. – FB Mohd. Zukri

Google ads
Back to top button