Buletin

PERODUA AXIA 2019. KINI TAMPIL DENGAN VSC DAN ASA 2.0!

Sejak diperkenalkan pada 2014 bagi menggantik Perodua Viva, Perodua Axia merupakan kereta paling mampu milik yang boleh dibeli di Malaysia. Malay dalam standard ASEAN pun, Axia merupakan kereta paling murah yang boleh dimiliki pada harga serendah RM22,990.

Sebagai perbandingan, ia sama harga dengan sebuah motosikal Yamaha X-Max 250cc.

Namun sejak dilancarkan, tiada pembaharuan besar dibuat sejak lima tahun yang lalu.

Dengan permintaan yang masih bagus, Axia bakal kekal dalam pasaran untuk memenuhi keperluan kereta mampu milik di Malaysia. Ejin 1.0 liter, jimat minyak dan ruang yang cukup untuk keluarga kecil atau anak muda yang mahu memiliki kereta pertama mereka.

Hari ini nampaknya Perodua tidak mahu melihat Axia sebagai satu produk asas semata-mata. Axia kini sudah bersedia menerima kelengkapan lebih model. Ia akan dipasangkan dengan sistem Kawalan Kestabilan Kendaraan (VSC).

Bukan itu sahaja, menerusi brosur yang tersebar sejak pagi tadi juga tertulis ciri baru yang menarik iaitu Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0) dengan pengesanan pejalan kaki.

Ia menambah varian baru yang dikenali sebagai Varian G Xtra dan model-model di atas varian ini akan dilengkapi dengan VSC, sementara ASA 2.0 akan ditawarkan pada varian Advance.

Naik harga? mahal? tiada pilihan?

Jangan bimbang, Perodua masih mengekalkan Varian E. E Spec akan kekal sebagai kereta termurah yang boleh anda beli di Malaysia, dan datang dengan kotak gear manual berkelajuan lima.

Sementara itu, varian dengan G kini hanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Google ads
Back to top button