Artikel Pilihan

PERODUA BEZZA:”OK” TAPI MODEL BARU MESTI KENA LAGI BAGUS

Perodua Bezza sememangnya sebuah sedan kompak yang berjaya dari segi jualan semenjak ia dilancarkan pada tahun 2016. Harga mampu milik, ruang kabin luas, dan enjin yang jimat minyak menjadikannya pilihan utama ramai rakyat Malaysia.

Namun, bagi pemandu yang lebih cerewet tentang kualiti pemanduan, Bezza masih ada beberapa kelemahan yang wajar diperbaiki jika Perodua mahu menjadikannya sedan kecil yang benar-benar kompetitif. Apatah lagi Proton sudah mula membangunkan model Saga dengan lebih baik dalam segenap aspek

Berikut adalah enam aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk generasi baharu Bezza.

1. Guna Kotak Gear Baharu

Seperti yang sedia maklum, Bezza merupakan derivatif daripada Perodua Axia generasi pertama. Jadi ia mewarisi transmisi dan enjin yang hampir sama dengan Axia kecuali enjin Bezza sebenarnya jauh lebih baik dengan sistem VVTi. Malangnya Bezza masih lagi menggunakan transmisi 4 kelajuan automatik dan pilihan 5 kelajuan manual

    Cadangan untuk model baru : Bezza boleh menggunakan gear Dual-Mode CVT (DCVT) yang sebenarnya masih CVT yang memang membantu dari segi penjimatan minyak, tetapi responnya kadangkala terasa lambat dan kurang bertenaga. Perodua boleh menala semula ratio dan “step logic” DCVT supaya penukaran mod lebih lancar dan menawarkan sistem Shiftronic yang sama digunakan oleh Alza/Ativa

    2. Bagi Pengendalian Lebih Mantap

      Handling Bezza agak asas apatah lagi platform yang digunakan adalah platform lama Axia yang dipanjangkan. Akibatnya olengan cesi menjadi tinggi dan steering feel kurang meyakinkan ketika kelajuan tinggi. Suspensi belakang keras untuk muatan penuh, tetapi tidak memberi keyakinan bila mengambil selekoh.

      Cadangan untuk model baru: Talaan spring dan damper progresif tapi kekalkan suspensi torsion beam untuk kos, tingkatkan nisbah stereng lebih kecil (kurang lock-to-lock), dan pemasangan anti-roll bar belakang bersaiz kecil boleh membantu. Tayar OEM juga wajar diganti kepada compound lebih lembut dan lebih premium

      3. Pasang Penebat Bunyi Lebih Baik

        Kabin Bezza mudah dimasuki bunyi tayar dan angin, terutamanya selepas 90 km/j. Faktor NVH (Noise, Vibration, Harshness) ini akan mengurangkan keselesaan perjalanan jauh menjadikan pemandu cepat penat (fatigue)

        Cadangan untuk model baru: Tolong la tambah lapisan penebat di dalam pintu, lantai platform, dan wheel arch, gunakan double sealing pada pintu, dan pasang panel lantai dengan acoustic laminated sheet seperti kereta segmen lebih tinggi. Kereta murah bukan bermakna kita kena sengsara dengan segala bunyi dari luar

        4. Kusyen yang lebih ergonomik & mesra pemandu

          Posisi pemandu Bezza yang ditawarkan oleh kusyen tidak cukup fleksibel walaupun menawarkan pelarasan ketinggian. Sokongan kaki terasa pendek manakala sokongan belakang tidak cukup untuk keselesaan pemanduan jarak jauh.

          Tambah lagi menyakitkan hati ialah steering dikunci terus pada kedudukan. Ia tidak boleh dilaras ketinggian ataupun diubah pelarasan secara teleskopik. Kalau anda berumur 40 tahun ke atas, pastikan tukang urut menanti anda di destinasi.

          Cadangan untuk model baru: Sediakan larasan ketingguan dan ciri teleskopik untuk stereng, buang segala ciri yang tajam pada kedudukan ibu jari stering, dan sediakan kusyen kerusi dengan sokongan lumbar. Penggunaan paparan meter digital dengan MID berwarna juga boleh menambah kemudahan dan gaya moden.

          5. Naiktaraf Sistem Audio Yang Lebih Berkualiti

            Sistem audio OEM Bezza sekadar cukup untuk radio dan lagu kasual, tetapi tiada ‘jiwa’ dari segi bass atau kejernihan bunyi. Mungkin “walkman jenama Sony” anda satu ketika dulu menawarkan kualiti yang lebih baik dari sistem audio Bezza.

            Cadangan untuk model baru: Naik taraf kepada sistem audio kepada 6 pmbesar standard (2 tweeter + 4 mid/bass), head unit dengan DSP asas dan equalizer atau guna sahaja headunit Alza dengan pilihan sambungan Apple Car Play / Android Auto

            6. Sistem Keselamatan Aktif & Pasif Yang Lebih Menyeluruh

              Walaupun Bezza sudah ada ASA (Advanced Safety Assist), varian 1.3X dan 1.3AV masih lagi ditawarkan dengan 2 beg udara sahaja. Manakala sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) tidak ditawarkan pada varian 1.0

              Cadangan untuk model baru: Jadikan 6 beg keselamatan udara, brek AEB asas dan sistem ESC sebagai ciri standard untuk semua varian. Sistem ASA juga perlu dipertingkatkan supaya datang dengan ciri Lane Departure Warning dan Adaptive Cruise Control pada varian tinggi. Gunakan lebih banyak keluli ultra high-tensile untuk struktur badan, demi mengekalkan rating ASEAN NCAP 5 bintang.

              Perodua Bezza sebenarnya ada reputasi yang bagus sebagai sedan jimat minyak dan praktikal. Namun, jika Perodua mahu memastikan Perodua Bezza kekal relevan dalam 5–10 tahun akan datang, mereka perlu berani memperkenalkan perubahan yang signifikan, bukan sekadar facelift kosmetik.

              Dengan peningkatan pada gearbox, pengendalian, penebat bunyi, ergonomik, sistem audio, dan keselamatan, Perodua Bezza berpotensi menjadi penanda aras kereta rakyat dalam segmen sedan kompak. Beli kereta murah bukan bermakna ia adalah lesen untuk membeli pengalaman pemanduan yang murah.

              Google ads
              Back to top button