Buletin

PERODUA QV-E RASMI DILANCARKAN – JARAK GERAK 445KM, HARGA BERMULA RM80K

Perodua kini melangkah ke era elektrik dengan melancarkan QV-E, kenderaan elektrik (EV) pertamanya, dijual pada harga RM80,000 (tidak termasuk insurans dan bateri).

Model ini merupakan sebahagian daripada usaha nasional Malaysia untuk membangunkan ekosistem EV yang mampan, selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

“QV-E dibangunkan dalam tempoh 28 bulan dan menelan kos RM800 juta. Kilang Smart Mobility Plant kami mampu keluarkan 500 unit sebulan, dengan sasaran 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2026,” kata Presiden & CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Nama QV-E ialah singkatan “Quest for Visionary-Electric”, menekankan aspirasi Perodua untuk EV tempatan yang praktikal, moden, dan lestari.

Platform dan Dimensi

QV-E dibina atas platform baharu hasil kerjasama Perodua & Magna Steyr, yang serbaguna untuk pelbagai badan kenderaan segmen A-B.

Dimensi utama QV-E:

  • Panjang: 4,170mm
  • Lebar: 1,800mm
  • Tinggi: 1,502mm
  • Jarak roda: 2,680mm
  • Ground Clearance: 158mm

Platform ini membolehkan rekaan luar yang futuristik dan agresif, dengan lampu LED horizontal, garisan badan tegas, serta konsol terapung dalaman untuk ruang simpanan lebih bijak.

Motor & Prestasi

QV-E dipacu motor elektrik:

  • Kuasa maksimum: 150kW
  • Tork maksimum: 285Nm
  • 0–100 km/j: 7.5 saat (mod Sport)
  • Kelajuan maksimum: 165km/j

Ia menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) 52.5kWh, dilengkapi sistem penyejukan cecair, kalis air/dust IP68/IP69, dan berat 405.7kg.

Julat pemanduan: sehingga 445km (NEDC) bergantung kepada gaya pemanduan, suhu, dan keadaan jalan.

  • Pengecasan AC 6.6kW: 0–100% dalam 8 jam
  • Pengecasan pantas DC 60kW: 30–80% dalam 30 minit

QV-E juga menyokong fungsi V2L (Vehicle-to-Load) untuk mengecas peranti lain dari bateri EV.

Keselamatan & Teknologi Pintar

QV-E menampilkan sistem keselamatan terkini:

1. Child Presence Detection (CPD)

  • Mengesan pergerakan kanak-kanak/haiwan peliharaan di tempat duduk belakang, termasuk di bawah selimut.
  • Memberi amaran melalui hon, lampu hazard, aplikasi, dan SMS jika kenderaan ditinggalkan.
  • Berfungsi dalam kegelapan total dan suhu kabin -40°C hingga 85°C.

2. Advanced Safety Assist (ASA) & Smart Drive Assist

  • 6 beg udara, ESC, TCS, ABS+EBD, BA
  • Adaptive Cruise Control (ACC), Highway Assist (HWA), Traffic Jam Assist (TJA)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Departure Warning (LDW), Lane Keep Assist (LKA), Blind Spot Detection (BSD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

3. Emergency SOS & eCall

  • Panggilan kecemasan terus ke Perodua Call Center dan MERS 999.

Rekaan Dalaman & Keselesaan

  • Konsol terapung, ruang simpanan tambahan, dan papan pemuka horizontal.
  • Paparan utama 10.25-inci, profil pemandu boleh disesuaikan.
  • Digital Rear View Mirror, Wireless Android Auto & Apple CarPlay, Wireless Phone Charger.
  • Kerusi pemandu kuasa, semi-leather seats, ambient lighting, rotary e-shift knob, high floor console, armrest tengah depan.

Pilihan warna: Ice Blue dan Caviar Grey

Ciri Luaran

  • Lampu LED hadapan & belakang dengan pencahayaan sekuensial menyeluruh
  • Pemegang pintu hadapan & pintu kuart belakang rata (flush), spoiler bumbung terbina
  • Rim aloi 18-inci
  • Cermin sisi boleh tarik balik automatik, lampu follow-me-home

Konsep Battery-as-a-Service (BaaS)

  • Bateri dijual berasingan & disewa daripada Perodua, membantu mengurangkan harga OTR.
  • Jaminan prestasi bateri sepanjang hayat (>70% SOH)
  • Sistem Battery Tracker untuk mengurus akhir hayat bateri secara selamat & mesra alam.
  • Pelanggan boleh jual semula kenderaan melalui Perodua POV, pembeli baru perlu tandatangan kontrak bateri baharu.

Menurut Perodua, dengan konsep BaaS, pelanggan tidak perlu membuat bayaran tunai untuk bateri, sekaligus menjadikan bayaran pendahuluan (downpayment) lebih rendah.

Prestasi bateri, penyelenggaraan, dan pelupusan dijamin sepenuhnya oleh Perodua, memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna.

Selain itu, kerana prestasi bateri sentiasa terjamin, nilai jual semula kenderaan juga lebih tinggi.

QV-E menyasarkan golongan pertengahan, mereka yang mahukan kenderaan kedua, atau pengganti kereta harian/hujung minggu.

Dengan pelancaran QV-E, Perodua bukan sahaja menunjukkan keupayaan membina EV tempatan, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri automotif elektrik ASEAN.

GALERI:

Google ads
Back to top button