Buletin

PESTA PRAAAANGG!! – TAHUN BARU BERSAMA HONDA FEST 2017 @ SETIA ALAM @ 31 DIS

Hujung minggu ni bakal menyaksikan banyak event berlangsung. Seperti biasa aktiviti menyambut tahun baru tak meriah kalau tak ada event kereta. Salah satu event yang kami rasa menarik ialah Honda Fest 2017.

BACA-LAWATAN KILANG SPOON DI JEPUN

BACA-THE KING K20 EK 4 DOORS

Acara ini akan dianjurkan oleh Hday Motorsport, organiser yang sama menganjurkan Honda Day pada pertengahan tahun lalu. Ia merupakan salah satu event automotif “undergound” yang sukses. mendapat liputan meluas dan melibatkan beribu buah kereta jenama Honda.

Berbeza dengan Honda Day, Honda Fest menjemput semua jenis jenama Honda, samada kereta motosikal, motorbot atau genset (motorbot dengan genset tu kami saja tambah)

honda-fest-s

Ia akan diadakan di Terminal Setia City Convention Centre, pada 31 Disember (Sabtu). DIjangkakan sebanyak lebih 300 buah kereta akan hadir yang melibatkan lebih 75 kelab Honda.

Event selama 12 jam ini akan berlangsung sempena sambutan tahun baru 2017.

Nah, tengok video promo kat bawah ni

 

Google ads
Back to top button