Modifikasi

CIVIC K20 GOLD 300HP – APA LAGI ANDA MAHU?

Apakah benda yang korang rasa paling rare?

  1. Musim sejuk, bantai mandi tak pakai heater
  2. Bangun subuh, ‘pumping’ nak jadi sado, sekali bapak tegur awat tak pergi masjid, terus masuk bilik tido balik.
  3. Bikin kereta kat pomen yang otai habis pasal VTEC, sekali bagi saiz tayar pun salah.
  4. Masuk trek, main 3 round, berhenti, duduk kat pit makan pisang.
  5. Semua di atas

Pengalaman yang bermakna ini selalunya buat orang matang bila modified kereta. Berapa serius tahap brader Kokiang R ini mengubahsuai kereta memang susah nak digambarkan, apabila kereta ni adalah unit kedua EK 4 pintu yang dibina sebab minat. Ya. Minat, kereta sebelum ni ialah EK 4 pintu yang sudah siap dan akhirnya hilang begitu saja walaupun segala jenis alarm dah pasang.

Berbeza dengan pasca millenium yang paling maju pun orang akan modified B20. Teknologi dah berubah dan itu membawa model EK ke satu tahap lagi. K20A barulah Amerika. Berbanding Jepun, barang-barang K20 banyak yang dibuat oleh tuner Amerika. Kalau dulu, VTEC menjadi kegilaan budak-budak Asia-Amerika, sekarang ia dah jadi kereta ‘Nasional’ Amerika wacakapsamalu.

Kereta pada awalnya dihantar ke sebuah bengkel VTEC yang sangat terkenal. Bagi duit dan tunggu dengan sabar. Kira-kira setahun kemudian, baru siap masuk K20. Pastu duit yang dibayar pun terlebih. Dia punya putar belit jangan cerita lah. Sembang bikin gajah pun boleh terbang. Disebabkan kecewa, kereta ni ditarik keluar dan dibawa ke bengkel lain.

Pada asasnya, kereta ni dah cukup laju. 200hp senang-senang dalam tangan tapi disebabkan brader Kodiang ni memang jenis tamak, dia cuba explore enjin setakat mana yang boleh. Benda pertama yang dibuat ialah leraikan semula enjin dengan pilihan blok K24 sebagai ganti. Blok ini daripada Odyssey RB.

Itu menaikkan sesaran kepada 2,400cc dan memerlukan piston yang lebih besar. Kodiang Boy memadankan piston Wiseco 88mm yang diikat dengan conrod  Skunk2. Crankshaft asal K24 masih digunakan dan disambung dengan pulley utama ATI. Bahagian head pula dipasang dengan sepasang cam Skunk2 stage 3 dengan pulley boleh laras. Head diport dan polish, lubang-lubang ekzos dan intake tu kasi besar.

Bahagian penghantar bahan api pula terdiri daripada S90 throttle body 76mm, Skunk2 intake, Skunk2 injector, Aeromotif Fuel Regulator dan fuel rail Karcept. Nama pun pelik-pelik. Tapi semua yang kita jarang dengar ini datang daripada tuner AS. Orang Jepun tak peduli dah K20, K24, K45 atau K98, dia orang sibuk main GT-R.

Kuasa enjin disalurkan ke kotak gear 6 kelajuan DC5. Klac asal digantikan dengan klac OSGiken dan final drive 4.3. Walaupun dah siap pada tahap ni, saya rasa enjin ini terlalu high revving. Bawak pendek memang tak sedap langsung, ada yang tak kena dengan final drive atau tukar terus pergi gearbox Dogbox barulah rock.

Memisahkan enjin dengan jalan ialah tayar yang bagus. Sebelum TE37, dia dah beli Mugen MF10L Bronze 16 inci 5 lobang yang rare boleh tahan. Lepas tu bila pasang,  tayar duk putar tang tu je tak bergerak sebab enjin ini tak cukup traksi dengan rim 16. Maka ganti lah pulak dengan TE37 17 inci. Tayar depan ialah Yokohama Advan A050 dan belakang Toyo T1R.

Bahagian suspensi dikemaskan dengan arm Hardrace dan suspensi TEIN Flex depan belakang. Brek depan ditingkatkan dengan brek Spoon 4 pot yang champion. Jangan tak tau sekarang bapak nenek segala jenis brek pun dah ada jual China made. AP Racing Wilwood yang dulu belas-belas ribu,  sekarang boleh beli belas-belas ratus je. Berenti ke tidak tu je yang tak kompom lagi.

Kereta ni memang champion bila dibuat mengikut buku. Malas nak cerita kalau dah Civic, memang akan dibuat macam Civic. R sana, EK 1999 spec, warna lebih kurang dan barang JDM.

EK sekarang dah murah dibandingkan dengan zaman mula popular dulu. Nak main pun tak payah berebut. Enjin boleh pilih. K20 memang saya akui, sedap nak mampos untuk kategori enjin NA. Tak ada dah enjin moden 2.0 liter yang berpotensi ke depan macam K series ni. Cuma yang tak tahan, barangnya banyak sangat dan tak murah mana.

“Target tak tinggi pun. Dapat 300hp pun jadi lah. Kereta pun buat antar anak pergi sekolah je pun, paling-paling jauh pun buat pergi kedai beli kicap,” kata brader ni mengakhiri bicara sebelum perutnya ditikam oleh seorang wartawan misteri.

BACA: HONDA CIVIC EG6 VTEC TURBO

BACA: SEMANGAT PERLUMBAAN FD TYPE-R

Google ads
Back to top button