BuletinMotosikal

PETRONAS SRT DAPAT JENTERA SPEC FACTORY TAHUN DEPAN!

Ini berita yang pastinya menggembirakan peminat MotoGP tempatan. Pasukan Petronas SRT dilaporkan akan dibekalkan dengan jentera spec A untuk musim MotoGP2020.

Ia adalah jentera sama yang digunakan oleh pasukan Factory Yamaha-Monster M1. Tahun ini hanya satu spesifikasi A yang diperolehi oleh Petronas SRT menerusi Fabio Quartararo.

Menerusi perjanjian terbaru ini, Morbidelli juga akan mendapat mesin yang sama dengan Quartararo dan ia sudah tentu berita yang ditunggu-tunggu sempena perlumbaan di laman sendiri, Sepang pada hujung minggu ini.

Petronas SRT yang bermula pada tahun pertamanya mencatat keputusan menakjubkan. Kini berada di tangga keempat dalam pungutan mata pasukan dengan mendahului pasukan satelit menerusi 58 mata. Pasukan ini memulakan perlumbaan di grid hadapan 14 kali dengan empat kali posisi depan dan enam kali berada di podium.

“Ia merupakan musim pertama yang luar biasa bagi Pasukan Petronas Yamaha Sepang di MotoGP. Kami sangat berterima kasih kepada Petronas atas komitmen mereka dan Yamaha kerana kepercayaan mereka kepada kami.

“Kedua-dua Franco dan Fabio telah banyak menyumbang kepada kejayaan kami tahun ini dan mempunyai kedua-dua pelumba pada jentera yang sama akan membolehkan kami mencapai kedudukan lebih baik. Kami sangat bangga dapat membuat pengumuman ini di Malaysia, laman kami, negara kami,” Ujar Dato Razlan Razali, Pengurus Petronas SRT.

Dalam pengumuman yang tururt dihadiri oleh Lin Jarvis, Pengurus Pasukan yamaha Racing, beliau berkata;

“Kami sangat gembira untuk mengesahkan bahawa kami telah mencapai persetujuan di sini, di Sepang bersama Pasukan Petronas Yamaha Sepang untuk membekalkan dua jentera Spec A YZR-M1 untuk musim 2020.

“Prestasi kedua-dua pelumba,  Franco dan Fabio cemerlang tahun ini dan ini ditunjukkan oleh pencapaian secara individu dan sebagai satu pasukan.

“Sokongan Petronas kepada pasukan baru ini adalah penting dalam memberi peluang kepada pasukan satelit melangkah ke hadapan bagi musim 2020 dengan dua jentera Spec A.

“Yamaha komited untuk menyediakan pasukan dan pelumba sokongan terbaik kami untuk membolehkan mereka membuat peningkatan lebih baik pada tahun 2020 dengan kemenangan tambahan.

Google ads
Back to top button