Motosikal

500 UNIT PERTAMA ZXMOTO 500RR TIBA DI PASARAN – RM29,988

Penantian berakhir apabila ZXMOTO Malaysia mengesahkan bahawa ZXMOTO 500RR telah pun tiba di pasaran sejak dilancarkan secara rasmi September lalu. 

Menurut ZXMOTO Malaysia, orang ramai yang telah membuat tempahan boleh mula menghubungi pengedar rasmi ZXMOTO di Malaysia untuk menerima kemas kini terbaru model yang ditempah. 

Dalam pada itu, ZXMOTO Malaysia turut memaklumkan bahawa dua lagi model, 500F dan 820RR dijangka akan tiba di pasaran sekitar penghujung Oktober ini. 

Atas kertas, 500RR dikuasakan enjin empat silinder 470cc DOHC yang berupaya menghasilkan 84hp pada 13,500rpm dan 46Nm pada 11,500rpm. Motosikal ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri termasuk klac slipper. 

Daya tarikan utama pastinya tertumpu kepada bahagian swingarm yang mengguna pakai jenis single-sided. 

ZXMOTO mendakwa 500RR ini mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 235km/j dan mampu merekodkan 0-100km/j sekitar 3.4 saat. 

500RR ini turut dilengkapi ciri berikut:

  • 6-Axis IMU
  • Cornering ABS
  • Cornering TC
  • 4 mod – Sport, Street, Beginner dan Custom
  • Quickshifter
  • steering damper
  • sistem Ram-Air
Google ads
Back to top button