
TERKINI: ZONTES 552G SAH MASUK MALAYSIA
ETG (Eurotech Group) selaku pengedar rasmi jenama Zontes di Malaysia mengesahkan bahawa model 552G akan masuk pasaran Malaysia. Pengumuman tersebut pastinya menggembirakan peminat Zontes di Malaysia yang menantikan ketibaan model serba unik dan premium.

Pihak Zontes Malaysia mengumumkan perkara itu ketika majlis penghargaan media yang berlangsung pada Khamis yang turut menyaksikan bahawa skuter ditunggu-tunggu, Zontes 175X dan 175V akan diperkenalkan pada suku pertama 2027.
Zontes 552G merupakan antara model yang mencuri perhatian ramai ketika prototaip berkenaan dipamerkan buat julung kalinya di EICMA, tahun lalu.

Meskipun 552G menawarkan reka bentuk mirip model popular, 368G namun perbezaan utama terarah pada ruangan enjin.
Ini kerana 552G digerakkan enjin dua silinder 513cc yang mampu menghasilkan 51hp dan 56Nm. Ini bermakna 552G bakal menjadi skuter paling berkuasa yang pernah dihasilkan Zontes di Guangzhou, China dan bakal bersaing dalam segmen sama dengan Yamaha TMAX 560.

Antara perincian lain dinyatakan termasuk:
- pencahayaan LED penuh
- meter TFT
- dashcam depan dan belakang
- rim 17-inci depan dan 15-inci belakang
- ABS dwi-saluran
- traction control
- cruise control
Menariknya, sebelum ini, Zontes 552G dilaporkan menawarkan tangki bahan api berkapasiti 17L namun dokumen kelulusan jenis (VTA) yang difailkan di China baru-baru ini mendedahkan tangki 20L.
GALERI: ZONTES 552G


















