,
Artikel Pilihan

MAZDA RX-7 VAN HALEN UNTUK DIJUAL – ROCK OOO

Kereta untuk dijual memang sentiasa ada setiap hari, ada model yang rare, ada yang muncul tanpa disangka, ada yang diubahsuai secara melampau sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak kecil meracau dan kadang-kadang muncul pula model yang membuatkan kita rasa nak jual anggota badan untuk memilikinya. Itu belum termasuk menukar selera makan kepada mi segera perisa kari semata-mata untuk menjimatkan wang untuk mengisi petrol.

Dan satu daripada model yang menjadi idaman semua kaki kereta ialah Mazda RX-7, jentera sports terakhir dengan enjin rotary. Ia kemudiannya digantikan oleh RX-8 tapi model FD ternyata lebih unggul dan kekal sebagai kereta sports Mazda yang terbaik dan paling popular.

Ia cukup bergaya, lincah dan sentiasa menarik perhatian tak kira di mana ia membuat kemunculan. Cuma satu sahaja masalah, ia menggunakan enjin rotary 13B. Walaupun enjin ini berprestasi tinggi, berkuasa dan menghasilkan bunyi enjin yang sangat ‘lunak’ ia sebenarnya mempunyai ‘pakej’ yang mengerikan. Antara masalah yang paling popular ia kebocoran minyak pelincir dan apex seal.

Walaupun tidak beberapa popular di sebelah sini tapi di negara barat, kebanyakan pemilik memilih untuk melakukan penukaran enjin. Bagi model yang hendak dijuak ini, ia sudahpun dilengkapi dengan enjin LS3 V8 blok kecil keluaran General Motors.  Dengan penggunaan enjin baru ini juga ia sudahpun berjaya memasuki liga supercar dengan kuasa sekitar  450-500 hp.

Okey, model RX-7 berwarna merah ini memang kelihatan biasa dan muncul dalam ruangan forum 6speedonline. Ia merupakan keluaran tahun 1994 dan kelihatan togel tanpa sebarang spoiler ataupun kit badan. Selain penukaran enjin, kotak gear asal lima-kelajuan turut ditukar dengan kotak gear T56 enam-kelajuan untuk mengawal tork yang lebih tinggi dari enjin baru ini.

Daya tarikan sebenar ialah bila mengetahui yang kereta ini asalnya dimiliki oleh Alex Van Halen, salah seorang ahli dan pengasas kumpulan hard-rock Van Halen. Bagi generasi wicet yang minat muzik tekno dan bersiul dengan alunan lagu Aiman Tino tu payah la sikit nak kenal nama Van Halen ni, korang google sendirilah kalau rajin.  

Lebih tepat lagi ia dimiliki oleh Alex Van Halen, abang kepada Eddie Van Halen yang juga merupakan pemain dram kumpulan tersebut. Sama seperti Eddie, Alex juga merupakan seorang peminat kereta. tapi walaupun muzik mereka sangat kuat dan keras, RX-7 LS3 ini menghasilkan bunyi yang lebih rendah.

Tapi itu semua lakonan kerana bila dipacu dengan keras, enjin LS3 ini juga mempu menghasilkan bunyi sehebat konsert Van Halen. Dah namanya pun kereta rockstar kan? Kalau tak nak bising pergi la beli kereta kepunyaan penyanyi dangdut ataupun bintang lagu-lagu asli. Tak gitu?

Tags
Google ads
Back to top button