
ZONTES MALAYSIA LANCAR 175X, 175V SUKU PERTAMA 2027 – BAWAH RM10K
Eurotech Group (ETG) selaku pengedar rasmi jenama Zontes di Malaysia telah pun mengumumkan bahawa model Zontes 175X dan 175V akan dilancarkan pada suku pertama (Q1) 2027.
Perkara itu didedahkan ketika malam penghargaan media yang turut menyaksikan bahawa model seperti 552G dan 703F dan X akan turut dipasarkan disini.
Untuk rekod, Zontes menawarkan dua versi bagi pasaran global, 150cc dan 175cc namun kami difahamkan hanya model 175cc yang akan dipasarkan disini.

Antara ciri ditawarkan termasuk ABS dan TCS (traction control) yang didatangkan secara standard, tangki bahan api berkapasiti 11L serta ruang letak barang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua helmet.
Dalam pada itu, enjin tersebut difahamkan mampu menjana sehingga 19hp sekaligus lebih berkuasa berbanding pesaing lain antaranya QJMotor AX200S (17hp).

Bagaimanapun, ciri utama yang mencuri tumpuan ada 175X ini adalah penggunaan kerangka jenis aluminium sekaligus menyumbang kepada berat keseluruhan yang ringan.


