Artikel Pilihan

LEXUS LS 600h L – MODEL LAMA YANG MASIH NAMPAK BERGAYA

Apabila berbicara tentang model kemegahan sesuatu model, fikiran kita pasti tertumpu kepada beberapa model sahaja terutamanya jenama dari Jerman. Jenama dari Asia jarang sekali untuk berada dalam senarai pilihan. Kali ini BK akan bawakan sebuah model kemegahan Lexus pada tahun 2009, Lexus LS 600h L.

Di ketika itu, Lexus buat pertama kali dengan beraninya mempertaruhkan, sebuah model mewah dan berprestij dalam barisan kenderaan mereka yang dilengkapi dengan teknologi hibrid. Sebenarnya apabila menyebut tentang hibrid, jenama Lexus ini boleh tahan aktif juga dalam melekatkan lencana ‘h’ terhadap beberapa model mereka. Dan model ini sebenarnya menjadi pelopor kepada model generasi baharu keluaran Lexus untuk segmen mewah.

Rupa luaran Lexus LS 600h L ini secara asasnya kira ngam lah untuk berfungsi sebagai sebuah model kemegahan bagi Lexus di kala itu dan juga di kala ini. Walaupun mungkin tampak sedikit berusia jika digunakan pada tahun 2020 ini, tapi percayalah, “kelibat” model ini di jalanan senantiasa dinantikan oleh ramai pihak. Baik pemberita mahupun para penyokongnya. Eh! Eh!

Sebagai sebuah model hibrid, model yang turut membawa konsonan L yang bermaksud Long ini menggunakan sistem Lexus Hybrid Drive ultra – senyap. Tak tau nak habaq senyap lagu mana. Kena tanya kepada yang pernah menumpang di belakang lah kan. Sistem ini dipadankan buat pertama kalinya bersama enjin V8 5.0 liter pacuan semua roda. Disebabkan menggunakan sistem hibrid, maka kereta mewah ini juga layak berada dalam kategori Super Ultra Low Emission Vehicle II (SULEV II). Malah kereta mewah ini turut menggunakan dua motor elektrik, MG 1 & MG 2 yang berfungsi sebagai motor menggerakkan enjin dan juga sebagai boost converter apabila brek ditekan.

Akan tetapi, pemandu sebenarnya masih boleh memilih jenis mode pemanduan. Hibrid untuk pemanduan yang cukup sesuai untuk mengharungi laluan bandar. Power pula untuk mendapatkan lebih kesan sewaktu pedal minyak ditekan secara agresif. Malah ketika menghampiri kawasan perumahan / kawasan di tempat parkir, boleh aja menekan butang EV yang berfungsi pemanduan elektrik sepenuhnya. Baru jimat elektrik.

Sebenarnya keselesaan yang ditawarkan kepada penumpang tidak dapat disangkal lagi. Ruang kelegaan kaki yang luas. Nak belunjur pun tak ada masalah. Malah, paling menarik, tempat duduk belakang boleh dibaringkan dan mempunyai perehat kaki. Sementara menanti tiba ke destinasi, tidak lah berasa letih badan. Boleh berehat. Skrin monitor bersaiz 9 inci turut melekat di bumbung buat melayan filem jika mahu.

Lain lain ciri keselamatan yang ada pada model ini juga tidak dapat disangkal lagi. Lapan beg udara meliputi sisi penumpang belakang tersedia. Sensor parkir dan sistem anti perlanggaran antara turut tersedia pada model lama ini.

Nah, walau pun model ini lama, tapi sebenarnya darjatnya masih lagi kelihatan mulia. Masih lagi sajak untuk ditumpangi oleh kenamaan. Sama ada buat pergi ke mesyuarat atau pun ke Sidang Parlimen. Hmmmmm

BACA : NANTIKAN KEMUNCULAN SUV MAMPU MILIK LEXUS UX200

BACA : LEXUS LS F SPORT 2018 – INILAH IKON KEMEWAHAN DARI TIMUR

Google ads
Back to top button