Buletin

PIKAP MERCEDES TAK LAKU. PENGELUARAN BAKAL DIHENTIKAN

Meskipun baru dilanccarkan tahun lalu, Mercedes Benz didakwa akan menghentikan pengeluaran trak pikap mereka X-Class

Model ini dikatakan tidak mendapat sambutan. Ia tidak menepati sasaran Daimler ke atas perancangan jualannya. Daimler dikatakan ingin mengurangkan kos produksi dan meningkatkan keuntungan keseluruhan kumpulan syarikat, justeru, X-Class bakal dihentikan kerana keuntungannya yang kecil.

Pikap X-Class ini hanya terjual sebanyak 16,700 unit di Eropah, Australia, dan Afrika Selatan. Tahun lalu juga jualan pikap ini tidak seperti yang diharapkan.

Hingga saat ini belum ada kenyataan rasmi yang diberikan oleh Daimler. Namun khabar angin yang tersebar luas menyebut rancangan pemberhentian produksi X-Class ada kaitannya dengan kerjasama Daimler dan Pakaan Nissan-Renault. 

Pikap ini tidak dibangunkan oleh Daimler. Daimler hanya menjenamakan dan sedikit melakukan modifikasi dari Nissan Navara hingga menjadi pikap X-Class dan dikilangkan di Barcelona.

Tiga model diperkenalkan iaitu X-Class Pure,X-Class Progressive dan X-Class Power. Ia dipasarkan dengan pilihan enjin X 220 2.3 liter turbo disel yang menghasilkan 163 kuasa kuda dan X 250 dengan biturbo yang berkuasa 190 ps.

BACA: X-CLASS UNTUK BANGSAWAN

Ia dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik tujuh kelajuan. Model ini dibina asas dengan pacuan roda belakang dan juga pilihan pacuan empat roda.

Sejajar dengan jenama mewah, bahagian luar pikap ini dilengkapi dengan lampu hadapan jenis LED, body cladding, arch roda dan lampu belakang menegak.

Bahagian dalamannya pula direka premium – sama seperti sebuah kereta sedan Mercedes. Papan pemuka dibalut kulit, trim kayu serta sistem multimedia dengan skrin 8.4 inci untuk model terpilih.

Google ads
Back to top button