Motosikal

YAMAHA YZF-R2 LANCAR DI INDIA – ENJIN 204CC, RIDING MODE, 26HP

Yamaha dengan rasminya memperkenalkan model baharu bagi keluarga YZF dengan pelancaran YZF-R2 di India. 

Ciri signifikan yang terdapat pada R2 tertumpu pada ruangan enjin yang menempatkan unit satu silinder 204cc 4-valve DOHC serba baharu.

 Enjin ini berupaya menghasilkan 26hp pada 10,000rpm dan 19.1Nm pada 8,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac assist dan slipper. 

Menariknya, R2 ini turut dilengkapi dengan tiga mod menunggang yang terdiri dari Street, Sport dan Rain. Namun, terdapat juga mod Custom yang membolehkan penunggang membuat tetapan mengikut cita rasa sendiri. 

Kesemua ini boleh diakses menerusi paparan meter TFT berwarna berukuran 5-inci yang juga boleh disambung ke telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect. 

Sementara itu, R2 juga dilengkapi dengan casis serba baharu. Kerangka jenis high-tensile steel diamond ini dipadankan bersama swingarm jenis aluminium dan adalah 2.8kg lebih ringan dari R15. 

Berat keseluruhan jentera hanyalah 149kg sekaligus menyumbang kepada nisbah kuasa kepada berat 5.62kg/hp. 

Untuk rekod, YZF-R2 ini hadir dengan tiga varian di India dan varian pertengahan dan perdana (YZF-R2M) dilengkapi dengan Yamaha Quick Shifter (atas dan bawah) secara standard di samping sistem keyless. 

Brek pula dikendalikan kaliper brek radial empat piston yang dipadankan bersama cakera brek 282mm. ABS dual-channel juga didatangkan secara standard selain tangki bahan api berkapasiti 12L. 

Google ads
Back to top button