Buletin

PMX UMUM TOL RAHMAH PERCUMA 4 HARI. PDRM BERI DISKAUN SAMAN UNTUK TAHUN 2022 DAN SEBELUMNYA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian tol percuma selama empat hari bermula esok (19 April) sehingga Jumaat (21 April) dan Isnin depan (24 April) kepada pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya.

Menurut Anwar Ibrahim, pelaksanaan Tol Rahmah percuma tersebut akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” katanya menerusi perutusan khas Aidilfitri 2023 di Putrajaya.

Dalam masa yang sama, PDRM akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM untuk kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya.

Setiap saman boleh dibayar dengan kadar harga RM50. Kadar khas itu bagaimanapun tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023. – Kosmo Online

Google ads
Back to top button