
DUCATI SCRAMBLER 2023 – RESEPI MOTOR BEGINNER PALING BERJAYA
Dunia automoatif sebenarnya sangat dinamik. Ia berubah mengikut keadaan, berdasarkan teknologi dan permintaan, ataupun boleh sahaja mencipta pasaran yang diluar dari kebiasaan industri lazimnya. Baik kereta ataupun motosikal, sebenarnya, industri ini telah sampai ke tahap “matang” dari sudut rekabentuk, ataupun teknologi.
Melainkan anda nak masukkan teknologi elektrik macam Harley Livewire ataupun skuter bentuk alien macam BMW CE01.
Kalau anda lihat industri motosikal secara keseluruhan, sebenarnya, tak banyak pun yang menarik pada dekad kebelakangan ni. Mungkin ada lah satu dua model yang menonjol, tapi secara keseluruhannya, hampir semua pembuat motosikal sekadar ikut arus semasa.

Dan apa jadi bila tak ada yang berani menongkah arus?
Boring.
Jenama premium selalunya ambil jalan selamat dengan kekalkan varian, atau tradisi pengeluaran motosikal mereka. Namun, dengan persaingan yang semakin ketat, syarikat-syarikat premium sudah mula membuat motor-motor “murah”
BMW Motorrad antara yang terawal menggunakan Kymco (Taiwan) untuk skuter maxi C650, kemudian Loncin untuk C400, kemudian TVR (India) untuk model 310.

Harley juga dah mula keluarkan motosikal berkapasiti kecil 350cc dengan bantuan Qianjiang China untuk model X350.
Ducati pula tidak berminat untuk meneroka pasaran motosikal kecil, sebaliknya, menumpukan pada pasaran premium. Namun, mereka sedar, membuat motosikal berkapasiti tinggi bukan sahaja mahal untuk dijual, tetapi mengecilkan pasaran, khususnya di kalanngan penunggang amatur, penunnggang muda, penunnggang yang baru hendak membeli Ducati pertama mereka.
Maka Ducati hasilkan Scrambler pada 2015. Dan sehingga 2022, lebih 100,000 unit model ini terjual di seluruh dunia menjadikannya antara model Ducati paling laris hari ini.
Resepinya mudah, sebuah Ducati yang mudah ditunggang, teknologi yang tak terlalu rumit, kuasa yang sepadan dengan kerangka dan rupabentuk retro-moden yang kekal malar segar kalau dilihat 10 tahun lagi. Itulah keunikan Scrambler.

Dan ia diteruskan lagi untuk model 2023. Ya. Ini sebuah model yang baru sepenuhnya, Dari kerangka, enjin yang ditambahbaik, bentangan meter digital, warna dan juga varian yang diperbaharui.
Kami diberi peluang memandu uji model ini di Valencia, Spanyol sekitar awal Ramadan yang lalu. Untuk Ducati, kami memang tak suka dengan motor-motor laju mereka macam Panigale, Street Fighter, Hyper Motard. Kami suka touring Multistrada, Desert X atau yang ini, Scrambler.
Ia Ducati yang paling senang ditunggang. Dengan berat 180kg, bar hendal yang mencapang, seat yang rendah, tak pelik langsung, Scrambler ni laris di pasaran. Maksudnya, orang yang beli motor ni dia tak perlu suka Ducati pun.

Ducati tak perlu jual jenama pun, dia boleh jual motor ni begitu saja, tapi dah tentulah orang beli sebab logo Ducati juga kan?
Jadi, sedap ke motor ni.
Anda boleh tonton video di bawah. Kami ceritakan segalanya tentang Ducati Scrambler 2023

