Buletin

TESLA BELI KOMPLEKS BESAR DI CYBERJAYA JADI HQ – PMX

Tesla Inc telah membeli kompleks besar di Cyberjaya untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikat tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan oleh wakil pemilik syarikat Elon Musk kepada beliau minggu lalu.

“Tanya Tesla, Elon Musk banyak negara beri insiatif dan peluang, tetapi pilih Malaysia iaitu Cyberjaya di Selangor.

“Minggu sudah wakil jumpa saya (beritahu) sudah beli kompleks besar dan jemput Perdana Menteri rasmi awal Oktober atau akhir September.

“Saya jawab setuju dengan syarat bawa Elon Musk rasmi bersama dengan saya,” katanya pada ceramah umum sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Beranang dekat sini malam tadi.

Tesla sebelum ini mengumumkan ketibaan rasmi mereka di pasaran tempatan dengan melancarkan SUV elektrik Tesla Model Y.

Terdapat tiga varian yang boleh dipilih, dengan harga jualan bermula dari RM199 ribu. – KOSMO

Google ads
Back to top button