Buletin

POLIS PNG BURU PENJAWAT AWAM SALAH GUNA TOYOTA LAND CRUISER, FORD, MAZDA DAN PAJERO SELEPAS APEC

Pasukan polis Papua New Guinea (PNG) kini dilapor sedang giat mencari hampir 300 buah kenderaan yang digunakan pada menyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), dan masih belum dipulangkan.  

Sebelum ini, pihak berkuasa negara berkenaan telah mengimport ratusan kereta mewah untuk kegunaan para pemimpin dunia sepanjang persidangan tersebut. 

Antara kereta yang dibeli ialah 40 unit Maserati Quattroporte dan tiga Bentley. Kerajaan mengumumkan bahawa ia akan dilelong selepas APEC tamat. Namun begitu, Superitendan Unit Perolehan Semula Aset Negara, Dennis Corcoran mendedahkan 284 unit kenderaan telah hilang. 

“Terdapat 284 kenderaan yang diberikan kepada individu untuk digunakan sepanjang persidangan APEC masih belum dipulangka. Semua 40 unit Maserati dan tiga unit Bentley berada dalam keadaan baik dan dikunci di dalam dermaga utama,” kata Corcoran. 

Corcoran mendedahkan bahawa kenderaan yang hilang itu terdiri daripada Toyota Land Cruiser, Ford, Mazda dan Mitsubishi Pajero.

Polis tahu sekurang-kurangnya sembilan unit kenderaan telah dicuri dan beberapa lagi dipulangkan dengan kerosakan serius. 

Jurucakap kerajaan, Chris Hawkins memberitahu kebanyakan kenderaan yang masih belum dipulangkan itu digunakan oleh penjawat awam, paramedik dan ahli bomba. Menurut Corcoran, tidak sukar untuk menjejaknya kerana dia mempunyai senarai penuh individu yang mengambil kenderaan tersebut. 

Sebelum ini, kerajaan Papua New Guinea dikecam hebat apabila berita dan imej ratusan kereya mewah terdedah. Rakyat menyifatkannya satu pembaziran yang nyata ketika negara itu bergelut untuk mengatasi wabak polio. 

Google ads
Back to top button