PORSCHE GT3RS HANCUR TAPI PEMANDUNYA SELAMAT – TERIMA KASIH ROLLCAGE!
Beberapa hari lepas, kami Tuan yang dipertua Jakie Jipang menyiarkan foto ini, sebuah Porsche 911 GT3 RS kelihatan rosak teruk berikutan kemalangan serius
Ia adalah kemalangan sebenar yang berlaku di Isle of Man.
Tidak banyak maklumat terperinci yang diperolehi namun dimaklumkan bahawa ia telah dipandu sangat laju di sebuah laluan dua hala (ya, bukan lebuhraya pun). Ia kemudiannya hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan di kawasan busut kecil.
BACA: KISAH LAMBO LANGGAR BECA DI INDIA
Kontur tanah tersebut menjadi tanjakan dan menyebabkan ia “terbang” setinggi lebih 100 kaki di udara dan kemudian jatuh berguling ke kawasan tanah kosong.
Porsche 911 ini hampir jahanam sepenuhnya. Bahagian-bahagian zon remukan, semuanya sudah terpisah dari badan kenderaan.
Namun apa yang mengejutkan, pemandu kereta ini terselamat dari insiden ini. Beliau dikatakan keluar tanpa sebarang kecederaan.
Ya. itulah kelebihan sebuah kereta yang dipasangkan dengan sangkar perlumbaan (rollcage).
GALERI