Motosikal

PORSCHE MACAN SPORTDESIGN SERIES – TERHAD 40 UNIT SAHAJA, RM545K

Sime Darby Auto Performance (SDAP) semalam memperkenalkan model Macan SportDesign Series baharu.

Didatangkan dalam dua warna luaran yang menarik iaitu kelabu metalik dan putih metalik. Terhad kepada 40 unit sahaja, ia ditawarkan pada harga RM545,000 seunit.

Bahagian luaran jentera itu dipasang dengan apron hadapan dan belakang yang lebih dinamik, skirting sisi serta pelekat berwarna perak dan merah yang tersendiri.

Penampilannya diserlahkan lagi dengan dua pilihan rim bersaiz 21 inci sama ada 911 Turbo Wheel atau Sport Classic Wheel yang dicat warna hitam berkilat.

“Reka bentuk dan pelekat pada Macan SportDesign Series jelas membezakan karekternya. Dengan pelbagai ciri mewah yang kini didatangkan sebagai standard, jentera ini menawarkan pengalaman lebih hebat kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Ekekutif SDAP, Artnt Bayer.

Jentera ini mengekalkan enjin sama seperti model Macan sedia ada. Enjin turbo bersesaran 2.0L itu mampu menjana kuasa 250hp dan tork 370Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear atutomatik PDK tujuh kelajuan.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan, ia hadir bersama jaminan selama empat tahun.

GALERI

Google ads
Back to top button