Motosikal

PRANK LETAK MEJA ATAS JALAN, DUA SUSPEK DITAHAN POLIS

Dua orang lelaki yang melakukan prank dengan meletakkan sebuah meja di tengah-tengah sebatang jalan di Bayolali, Jogjakarta Indonesia berjaya ditahan polis.

Lawak tidak kena tempat itu menyebabkan beberapa orang penunggang motosikal terbabas kerana tidak sempat mengelak meja berkenaan. Malah ada mangsa yang terseret sejauh 10 meter. 

Perbuatan khianat yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan suspek menaiki motosikal dan berhenti di sebuah kedai. Kemudian, pemboncengnya dilihat mengangkat meja dan meletakkan di tengah jalan raya sebelum melarikan diri.

Rakaman CCTV itu tular dan mendapat perhatian polis yang kemudiannya mengesan suspek untuk siasatan lanjut.

Ketua operasi, Iptu Wikan Sri Kadiyono berkata, polis berjaya menahan suspek dan merampas motosikal digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek mengakui tindakan dilakukan hanya sekadar prank terhadap rakannya yang berada di belakang. Namun perbuatan itu menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” kata Iptu. – Harian Metro

Google ads
Back to top button