Buletin

PRANK APRIL FOOL, VOLKSWAGEN DISIASAT SURUHANJAYA SEKURITI AS

Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat (SEC) dilapor melancarkan siasatan terhadap prank yang dilakukan oleh Volkswagen North America pada April Fool lalu dengan mendakwa sudah menukar namanya menjadi Voltswagen. 

Laporan media Jerman, Der Spiegel mendakwa siasatan SEC itu dibuat bagi mengetahui sama ada prank berkenaan mempengaruhi harga saham Volkswagen. Biar apa pun hasial siasatan berkenaan, ia bukanlah satu berita baik buat Volkswagen yang mencetuskan banyak kontroversi di AS sejak enam tahun lalu. 

Berita palsu penukaran nama itu bermula pada 29 Mac apabila Volkswagen dengan sengaja menyiarkan kenyataan akhbar di laman web rasminya untuk mengumumkan perubahan nama berkenaan. Pautan kepada kenyataan akhar tersebut juga telah di-mel kepada wartawan berprofil tinggi industri. 

Melihat kepada tarikh penyiarannya, ramai menganggapnya sebagai satu gurauan April Fool. Tetapi, beberapa orang eksekutif kanan Volkswagen termasuklah jurucakapnya, Mark Gillies mengesahkan berita penukaran nama tersebut. 

Volkswagen kemudian menyiarkan kenyataan akhbar lengkap yang memetik Ketua Eksekutif VW Group of America, Scott Keogh suka dengan penukaran nama itu. Tidak lama selepas itu, Volkswagen mengakui bahawa ia sememangnya satu gurauan April Fool. Prank itu direka oleh agensi pemasaran utama Volkswagen, Johannes Leonardo. 

“Idea ini memang datang dari Volkswagen, mari berseronok dan ketawa. Jom tunjukkan kepada dunia yang kita memang gilakan EV. Itu sahaja.” 

Sekarang, siapa yang ketawa? 

Google ads
Back to top button