Buletin

BILA PRO DRIFTER BAGI PAK DIA PANDU GR SUPRA, 800 HP. APA AGAKNYA YANG BERLAKU?

Pada kebiasaannya, kita selalu menonton YouTuber melakukan prank terhadap ibu, ayah, adik-beradik dan lain-lain di media alam maya.

Berlainan pula kisah, pemandu Pro Formula Drifter, Ken Gushi apabila memberi ayahnya memandu jentera Toyota GR Supra dilengkapi spesifikasi drift yang mampu menjana kuasa 800 hp.  

Dia ingin ayahnya yang memiliki pengalaman dalam bidang pemotoran merasai pengalaman memandu jentera berkuasa berkenaan.

Ayahnya, Tsukasa pernah bertanding dalam perlumbaan motosikal dan rali pada waktu muda.

Bahkan, dia bukanlan asing dalam dunia drifting apabila menyertai Formula Drift dengan menggunakan jentera Subaru WRX.

Malangnya, dia tidak layak dalam format Top16 yang menyaksikan legenda New Zealand, Rod Millen turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Ken terlebih dahulu menunjukkan ayahnya bagaimana hendak mengendalikan jentera terbabit di litar Apple Valley Speedway.

Menariknya, Tsukasa dapat mengendalikan jentera berkenaan dengan baik walaupun tidaklah sehebat anaknya. -autoevolution

Google ads
Back to top button