Buletin

PROTON X50 2024 DILANCARKAN – TAMPIL DENGAN KEMASKINI; NVH, PROTONLINK, POWER TAILGATE – HARGA BERMULA RM86K

SUV kompak segmen-B, PROTON X50 2024 hari ini secara rasmi dilancarkan, didatangkan dengan beberapa kemaskini seperti keselesaan, keselamatan, ketersambungan serta ketahanan.

Tiba dalam empat varian; 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TGDi Flagship, masing – masing ditawarkan pada harga seperti dinyatakan dibawah:

  • 1.5T Standard: RM86,300
  • 1.5T Executive: RM93,300
  • 1.5T Premium: RM101,800
  • 1.5 TGDi Flagship: RM113,300

Bagi varian standard, ia dilengkapi empat beg udara, diserlahkan rim bersaiz 17-inci, kamera undur, lampu LED dengan DRL sementara, varian Executive menerima tambahan seperti enam beg udara, lampu kabus, stereng balutan kulit, tempat duduk kulit serta lampu automatik.

Untuk varian Premium pula, ia dibekalkan bersama Tyre Pressure Monitoring System, rim bersaiz 18-inci, security tint, tempat duduk pemandu berkuasa, kamera 360 darjah, kemasan dua-tona di dalam kabin dan pintu but berkuasa.

Sementara, varian Flagship ditambah dengan perincian seperti sistem bantuan ADAS, warna badan dwi-tona serta bumbung panoramik.

Di dalam kabin, semua varian mendapat kelengkapan skrin infotainmen bersaiz 10.3-inci, selain kini disokong aplikasi PROTONLink, bagi memudahkan akses beberapa fungsi hanya melalui telefon pintar.

Selain itu, PROTON turut menawarkan pakej NVH (noise, vibration and harshness) baharu bagi mengurangkan bunyi di dalam kabin.

PROTON X50 2024 ditawarkan lima pilihan warna iaitu:

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Jet Grey
  • Ocean Blue
  • Passion Red

Beralih pada kuasa, PROTON X50 2024 dikuasakan oleh nadi 1.5 liter turbo bagi tiga varian; Standard, Executive, Premium, menghasilkan 150PS dan 226Nm tork.

PROTON X50 2024 Flagship pula tampil lebih berkuasa melalui nadi 1.5 liter TGDi, menghamburkan kuasa 177PS dan 255Nm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama tranmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan.

PROTON turut menawarkan pakej ‘early bird’ kepada 5,000 tempahan pertama (tempahan sebelum 31 Julai 2024) iaitu diskaun RM7,000, sokongan trade-in RM1,500 serta ciri tambah nilai RM6,000, menjadikan penjimatan keseluruhan sebanyak RM14,500.

Seperti dinyatakan diatas, harga PROTON X50 2024 boleh dimiliki pada harga bermula RM86,300 (Standard), RM93,300 (Executive), RM101,800 (Premium) dan RM113,300 (Flagship).

GALERI:

Google ads
Back to top button