Buletin

PROTON X50 2025 FACELIFT DIDEDAHKAN – CIRI VR BAHASA MELAYU, NADI i-GT 1.5 TD, JANA 181PS

PROTON secara rasmi memperkenalkan X50 baharu kepada media tempatan sebagai langkah awal menjelang pelancaran rasmi model itu — model pertama PROTON bagi tahun 2025.

Sejak pelancarannya pada 2020, SUV segmen-B ini telah terjual lebih 134,000 unit dan kekal sebagai peneraju dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut.

Kini, X50 tampil dengan gaya baharu, teknologi lebih pintar dan ciri tempatan yang lebih mesra pengguna. Tiga varian ditawarkan: Executive, Premium dan Flagship.

Antara penambahbaikan utama:

  • Reka bentuk luar diperbaharui: gril dan bampar baharu, spoiler belakang sporty, rim baharu dan skema warna dwi-tona termasuk warna baharu Teal Bayou Green.
  • Kabin premium: skrin sentuh 14.6-inci, sistem infotainmen Android Auto & Apple CarPlay, pengecaman suara Bahasa Melayu, pencahayaan ambien 72 warna, konsol tengah terapung, dan column shifter ala kereta mewah.
  • Keselamatan dipertingkat: ADAS Tahap 2 dengan radar sisi belakang (RSRS), parkir automatik, kamera 360° HD dan paparan telus bawah 180°, serta penarafan ASEAN NCAP 5 bintang.

Beralih pada kuasa, Proton X50 kini dijana oleh enjin i-GT 1.5 TD baharu, berupaya menghamburkan kuasa 181PS dan 290Nm tork, dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan.

Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat, mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat.

Dengan peningkatan ketara 4.7 peratus peningkatan dalam kecekapan bahan api, ia menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan ekonomi dalam kelasnya.

Aplikasi PROTON Link 2.0 pula membolehkan pengguna hidupkan enjin, laraskan aircond dan semak status kereta terus dari telefon.

Pra-pelancaran akan bermula tidak lama lagi dengan tempahan awal bakal dibuka.

GALERI:

Google ads
Back to top button