
ECU TUNEBOSS BAGI SUZUKI GIXXER 250, GIXXER SF250 MULA DIJUAL 3 JULAI INI – RM829
Berita baik bagi pengguna Suzuki Gixxer 250 dan 250 SF apabila pengeluar ECU tempatan, TuneBoss akan mula menjual ECU bagi kedua-dua model itu bermula 3 Julai ini.
Pengumuman tersebut dikongsikan pihak TuneBoss menerusi perkongsian di media sosial pada Isnin.

Menurut perkongsian berkenaan, penjualan ECU tersebut hanya akan diadakan di ibu pejabat TuneBoss terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada pengedar rasmi pada minggu seterusnya.
Menurut TuneBoss harga bagi ECU yang dibangunkan khas bagi Gixxer 250 dan 250 SF adalah RM829 dan modul berkenaan akan dilengkapi dengan pemetaan Stage 2 secara langsung. Ini bermakna, ECU berkenaan dalam keadaan tuning ready sekiranya perlu.

Menariknya, pemasangan ECU TuneBoss tersebut akan menambah kuasa sebanyak 2hp. Selain itu, ECU tersebut juga boleh dipadankan dengan kit quick shifter berharga RM250.