Buletin

CERMIN PROTON X50 BERALUN – PEMILIK BARU DAPAT KERETA TIGA MINGGU

Baru-baru ini, seorang pemilik Proton X50 mengadu mengenai cermin kereta tidak rata atau beralun di laman Facebook ‘Proton X50 Community Malaysia’.

“Assalam semua, nak tanya kepada owner X50, siapa ada kena cermin depan beralun. Pening bila drive lama,” tulis pemilik, Mohd Wan Hafiz.

Menerusi perkongsian itu, pemilik turut menyatakan bahawa kereta itu dimilikinya sejak tiga minggu lalu.

Tambah Mohd Wan Hafiz, dia juga telah mencabut filem penapis cahaya tetapi ia tetap beralun.

Perkongsian tersebut menerima lebih 200 komen, rata-ratanya berasa pelik dengan kerosakan dialami oleh pemilik.

“Rare dan pelik. Macam ilusi optik. Sepintas lalu macam tebal cermin tak sama tebal dengan sisi yang lain,” komen seorang pengguna Facebook.

“Kalau cermin, sepatutnya tak lepas QC dan waranty claim terus,”

“Rasa struktur cermin kalau betul beralun pergi balik sc yang kamu beli kereta mintak claim warranty. kalau ada cover insurans, terus tukar windscreen dan dapat sekali tinted. Settle,”

Komen lain, “sebelum ni saya tengok kat group Ativa pun banyak jugak jadi macam ni. Ni 1st nampak dalam X50. Pening kepala ooo drive Lama-lama macam ni.” – Facebook Proton X50 Community

Google ads
Back to top button